Sponser

Memaparkan catatan dengan label Pelaburan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pelaburan. Papar semua catatan

MY LOOK



MyLook merupakan enjin carian terbaru yang “dimiliki” oleh pengguna. Untuk setiap carian yang dilakukan pengguna melalui Mylook.com, 1 “share” akan diberikan. Share tersebut bukanlah “saham” seperti di bursa saham; tetapi term “Share” yang digunakan dalam permainan MyLook. Ketika “dividen” diberikan, anda akan menerima bayaran wang yang nyata untuk setiap saham yang anda pegang di MyLook.


Sehari maximum share adalah 5, dengan 5 search dilakukan. Search yang ke-6 dan seterusnya boleh dilakukan sehari..tetapi maximum share yang diperolehi adalah 5 sahaja. Gambar di atas adalah share yang dapat (baru sehari).

Meskipun MyLook belum menempatkan iklan di halamannya untuk mula membayar dividen, sekarang merupakan peluang besar bagi pengguna untuk mula membina Share di MyLook. Mengapa? Banyak saham sedang diedar pada tahap awal, dan mungkin secara berperingkat ia menjadi lebih sukar untuk mendapatkan saham. Jadi, sementara masih awal; anda hanya hanya perlu menggunakan MyLook.com sebagai perkhidmatan carian.

Walaupun mungkin lebih sukar untuk mendapatkan saham di kemudian hari, namun setelah anda mempunyai Share dalam Mylook; ia kekal menjadi milik anda – untuk selamanya. Anda akan terus mendapat bayaran dividen selagi anda menjadi pengguna aktif MyLook.

Apa Yang perlu SEbelum MelaBur Dalam Emas

Salam Semua....

Sebelum menceburi bidang pelaburan ni, tak kira la dalam pelaburan emas, hartanah atau lain-lain. Yang paling Utama kita perlu ade ilmu, target dan perancangan kenapa kita hendak melabur.

Seandainya kita xda target atau hanya sekadar mengikut, susah untuk kita maju ke depan. Sesetengah orang target ade, tapi modal tak cukup. Jadi selepas ade target perlu ade perancangan.

Dalam dunia pelaburan emas ni, kita bole letak target sebagai aset, pacis income dan sebagainya. Macam fik, target emas ni sebagai saving selain daripada wang ringgit. Aset yang mengantikan wang ringgit. Tp fik takda la convert semua wang ringgit kepada emas. Wang pn perlu ada untuk membeli. Dalam dunia kita, wang yang mempunyai kuasa membeli.

Seandainya kita takda target, membeli sebab terpengaruh dgn kawan-kawan yang memceritakan tentang kuasa emas seperti :

Harga emas meningkat 25% setahun melebihi ASB. kita perlu ingat. Dalam setahun ade 12bulan. setiap bulan ada turun naiknya emas ni. Contoh 1, kawan kita punya target sb pasic income. Dia beli time harga rendah untuk bulan tu, bila de kenaikan sikit dia jual. Begitu la untuk bulan-bulan yang seterusnya. Contoh 2, kawan kita ni target sebagai aset, simpan emas daripada lebihan gaji. Contoh beli emas tahun lepas (2008) dengan harga RM8,000. Tahun ni(2009) emas dah harga RM11,000. Setiap tahun nilai aset dia naik jer.

Ade sesetengah dari kita suka jual emas, jadi bole jer jual emas. Boleh join Public Gold. Jadi agent. fik bukan agent, jadi tak leh nak cite detail.

Macam fik cakap tadi, fik simpan emas sebagai aset. Fik punya target, simpan dinar sebagai mas kawen. Setahun kumpul 10 keping. Nak target banyak, takut tak berkemampuan. Target macam ni sesuai bagi mereka yang masih bujang kot. Yang nak + isteri baru tu.. xtau la sesuai x. hehehhe. Fik pn bukan de calon lg. Tp target n perancangan masa depan perlu ada. Buka minda kita (pikir luar kotak), jangan pikir, bila dah nk kawen br nk beli. Bole rujuk artikal ini, mahar + dinar.

Fik tulis artikal ni sebab Fik tengok ramai lagi yang masih tertanya-tanya. Beli emas, pastu simpan. Macam xda makna. Sedangkan ASB pn kita simpan gak. Bagi fik benda ni terjadi sebab perkara-perkara yang telah Fik sebutkan tadi. Bagi mereka yang baru boleh beli ebook ni untuk dijadikan rujukan. Emas-Emas Yang Hilang.

p.s : Dapat Idea time tido lepas solat jumaat. hehehe. Bangun terus taip artikal ni.

Cara Membuka Gold investment Account Public Bank



Kali ni, Gold Investment Account Public Bank (GIA PB). Seperti mana yang kita sedia maklum, GIA PB ni merupakan non-fizikal gold. Maksudnya nilai emas yang ditulis di dalam buku akaun. kita bole tengok angka yang diprint jer. Tak boleh pegang emas yang betul.

1st, fik cite skit ye pengalaman masa buka gia nih. GIA PB merupakan langkah pertama fik dalam menceburi dunia pelaburan emas nih. GIA PB fik buka pada tahun lepas, bertarikh 19hb 10 2008(Ahad) di Public Bank Tanah Merah. 1hari sebelum fik kena g kursus induksi di INTURA (Intan Wilayah Timur). Staff Public bank yang membantu fik buka GIA PB ni nama dia Nor Ashikin Bt Mohd Nawawi. Sekarang kak ashikin dah up statusnya, jd kakak angkat fik.

Pada masa fik buka GIA PB 2 harga dalam rm93.10.. Masa tu dah bole agak harga keesokkan (Isnin), mungkin lebih rendah dari harga hari Ahad. Tekanan gak masa time kursus. tgk harga emas below than rm90. Nak g tambah pn xbole. Dah la Kursus 2minggu.

Dah banyak nih fik cite benda lain daripada cara nak buka GIA PB nih.. hehehe..

Cara-caranya ialah:

1.Tengok harga pasaran emas GIA PB kt website Public Bank. Ni url dia, klik jer http://www.pbebank.com/en/en_content/personal/rates/goldinvest.html. Untuk beli emas, pastikan kita tgk SELLING PRICE (bank jual emas kepada kita). Untuk jual emas, kita tengok harga BUYING PRICE (kita jual emas kepada bank). Ni contoh dia..




2.Pekara yang penting atau perlu ada bagi membuka GIA PB ialah

  • Duit RM250 untuk membuka Buku Akaun Wadiah PB ( Saving Account).
  • Duit RM10 untuk duit setem bagi Perjanjian Akaun Pelaburan Emas.
  • Duit untuk membeli 20g emas bagi permulaan GIA PB.
  • Duit RM8 bagi mereka yang nak gunakan ATM Card.

Yang penting pastikan duit tu bawa lebih sikit, jangan bawa cukup-cukup jer. NanT risau tengah isi borang tiba-tiba lak harga emas naik ms kt kaunter. tak cukup lak duit nanT. Susah. Tapi kalau harga emas turun. kita la untung sebab dapat beli emas dgn harga yang murah. Tersenyum la masa tu.

Ni contoh Surat Perjanjian Akaun Pelaburan Emas(GIA)

Klik kt pic 2 untuk besarkan.

1. 2. 3. 4. 5.

6. 7. 8. 9.



p/s :
1.Surat perjanjian ni bukannya dpat masa buka buku acc ye.. tapi lepas dimatikan setem.. Public Bank akan pos ke alamat kita.
2.Fik tukar tarikh posting ni sebab ade sikit tambahan dalm posting ni

Pengalaman Pertama Dengan Emas

Assalamualaikum...

Kalau tengok posting fik selama ni, mungkin ade yang perasan banyak berkisar pada artikal yang berkaitan dgn emas je kan.. Kali ini fik nk share pengalaman 1st dalam dunia emas.. Ilmu emas berkaitan emas nih fik perolehi daripada website www.jutawanemas.com.. Itu pun secara kebetulan.. sebabnya pada masa tu tengah search cari benda la.. Benda elok ye.. Bukan benda xelok. Mungkin Allah swt nak buka pengetahuan baru bagi fik dalam emas.. Sebabnya tiap kali klik.. naik jer website jutawanemas pada masa tu.. Terima kasih kepada En.Syukur,admin jutawanemas.com.

Oh ya, fik mula ceburi bidang emas ni pada tahun lepas.. Dalam bulan 8 kalau xsilap. Bermula dengan Gold Investment Account Public Bank (GIA PB), Dinar Kelantan, AFA GOLD SDN BHD, dan mungkin lepas nih fik akan memcuba kijang emas dr maybank, Public Gold, Public Dinar dan yang sewaktu dengannya..

Masa tu harga emas GIA PB dalam purata rm88 - rm99. Tapi kalau kita tengok sekarang. Harga gia dah naik dalam purata rm103-rm108. banyak gak kenaikan emas nih.. Tu belum lg sampai 1thn fik dalam dunia emas nih. Dah dapat tengok kenaikan emas yang ketara.. Masa tu bagi fik, GIA PB la y terbaik dengan spread harga yang rendah iaitu rm3 jer.. Sekarang spread GIA PB dah naik. Dalam purata RM4.

Fik nasihatkan kepada yang ingin ceburi ilmu emas nih sebolehnya kumpul dulu ilmu sedikit atau sebanyak mungkin. Jangan pikir untung jer atau main ikut orang.. Fik dulu pun ambil masa sebulan gak kumpul ilmu emas ni. Tanpa ilmu kita boleh terkandas.

Nanti dalam posting-posting yang lain fik akan critekan pengalaman fik dalam dunia pelaburan emas nih untuk dijadikan contoh atau guide bagi newbie dalam dunia pelaburan emas ni.

Semoga dengan perkongsian ini, kita sama-sama dapat meceburi dunia pelaburan emas ini.