Sponser

Apa Yang perlu SEbelum MelaBur Dalam Emas

Salam Semua....

Sebelum menceburi bidang pelaburan ni, tak kira la dalam pelaburan emas, hartanah atau lain-lain. Yang paling Utama kita perlu ade ilmu, target dan perancangan kenapa kita hendak melabur.

Seandainya kita xda target atau hanya sekadar mengikut, susah untuk kita maju ke depan. Sesetengah orang target ade, tapi modal tak cukup. Jadi selepas ade target perlu ade perancangan.

Dalam dunia pelaburan emas ni, kita bole letak target sebagai aset, pacis income dan sebagainya. Macam fik, target emas ni sebagai saving selain daripada wang ringgit. Aset yang mengantikan wang ringgit. Tp fik takda la convert semua wang ringgit kepada emas. Wang pn perlu ada untuk membeli. Dalam dunia kita, wang yang mempunyai kuasa membeli.

Seandainya kita takda target, membeli sebab terpengaruh dgn kawan-kawan yang memceritakan tentang kuasa emas seperti :

Harga emas meningkat 25% setahun melebihi ASB. kita perlu ingat. Dalam setahun ade 12bulan. setiap bulan ada turun naiknya emas ni. Contoh 1, kawan kita punya target sb pasic income. Dia beli time harga rendah untuk bulan tu, bila de kenaikan sikit dia jual. Begitu la untuk bulan-bulan yang seterusnya. Contoh 2, kawan kita ni target sebagai aset, simpan emas daripada lebihan gaji. Contoh beli emas tahun lepas (2008) dengan harga RM8,000. Tahun ni(2009) emas dah harga RM11,000. Setiap tahun nilai aset dia naik jer.

Ade sesetengah dari kita suka jual emas, jadi bole jer jual emas. Boleh join Public Gold. Jadi agent. fik bukan agent, jadi tak leh nak cite detail.

Macam fik cakap tadi, fik simpan emas sebagai aset. Fik punya target, simpan dinar sebagai mas kawen. Setahun kumpul 10 keping. Nak target banyak, takut tak berkemampuan. Target macam ni sesuai bagi mereka yang masih bujang kot. Yang nak + isteri baru tu.. xtau la sesuai x. hehehhe. Fik pn bukan de calon lg. Tp target n perancangan masa depan perlu ada. Buka minda kita (pikir luar kotak), jangan pikir, bila dah nk kawen br nk beli. Bole rujuk artikal ini, mahar + dinar.

Fik tulis artikal ni sebab Fik tengok ramai lagi yang masih tertanya-tanya. Beli emas, pastu simpan. Macam xda makna. Sedangkan ASB pn kita simpan gak. Bagi fik benda ni terjadi sebab perkara-perkara yang telah Fik sebutkan tadi. Bagi mereka yang baru boleh beli ebook ni untuk dijadikan rujukan. Emas-Emas Yang Hilang.

p.s : Dapat Idea time tido lepas solat jumaat. hehehe. Bangun terus taip artikal ni.

BNM Siasat Dua Syarikat

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Bank Negara Malaysia telah memulakan penyiasatan terhadap dua syarikat, iaitu Genneva Sdn Bhd dan Etika Emas Estet Sdn Bhd.

Kedua-dua syarikat itu disiasat kerana disyaki menjalankan kegiatan mengambil deposit secara haram yang melanggar subseksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA).

Serbuan ke atas Genneva Sdn Bhd dan Etika Emas Estet Sdn Bhd yang berpangkalan di Lembah Klang dibuat hari ini, berikutan maklumat yang diterima daripada orang ramai, kata bank pusat itu dalam satu kenyataan di sini.

Bank Negara berkata orang ramai diingatkan supaya berhati-hati terhadap skim pengambilan deposit dan skim pelaburan yang ditawarkan melalui pelbagai saluran seperti internet, panggilan telefon, atau seminar anjuran individu atau syarikat yang tidak diberikan lesen atau diluluskan oleh pihak berkuasa yang berkenaan.

Orang ramai boleh merujuk kepada senarai institusi berlesen yang dibenarkan mengambil deposit, di laman sesawang Bank Negara Malaysia, www.bnm.gov.my.

Orang ramai juga boleh menghubungi Bank Negara di BNMTELELINK (Pusat Perhubungan Pelanggan) Tel: 1-300-88-5465, Fax: 03-21741515 atau emel: bnmtelelink@bnm.gov.my, untuk pertanyaan lanjut.

-- BERNAMA

Hayati Peristiwa ISRA’ MIKRAJ

Peristiwa ini telah membongkarkan keimanan dan keyakinan umat manusia tentang kekuasaan Allah dan kebenaran kepada kenabian nabi Muhammad s.a.w. Orang kafir sendiri menjadikan peristiwa Isra’ Mikraj ini sebagai suatu pembohongan yang menambahkan lagi penolakan mereka terhadap dakwah nabi. Manakala keadaan umat Islam sendiri terbahagi kepada beberapa peringkat iaitu ada yang terus membenarkan nabi seperti Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq, ada pula yang mahu penjelasan terperinci dengan menguji nabi melalui beberapa pertanyaan seperti bilangan pintu dan tiang dalam MasjidilAqsa bagi membuktikan kebenaran kepada cerita tersebut dan ada pula yangbersikap menolak terus cerita nabi dan kembali murtad daripada Islam.

Peristiwa Isra’ dan Mikraj berlaku selepas nabi diuji dengan kematian dua orang yang paling rapat dan banyak membantu baginda dalam usaha menyebarkan dakwah Islam iaitu isteri tercinta Siti Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib. Tekanan yang dihadapi selepas kematian kedua insan yang disayangi semakin bertambah dan jika kita fikirkan dari segi logik akal maka dakwah Islam akan terhenti.

Namun kuasa Allah melebihi segala-galanya iaitu selepas penolakan dakwah oleh penduduk Taif, nabi telah dihiburkan dengan Isra’ Mikraj dan seterusnya didizinkan untuk berhijrah ke Madinah sehingga membina Daulah Islamiah yang telah mengubah kedudukan Islam daripada dihina kepada dipandang mulia, daripada lemah kepada memerintah. Dalam peristiwa di Taif iaitu ketika penduduknya bukan sahaja menolak mentah-mentah dakwah Islam malah telah melontar batu kea rah nabi sehingga berlumuran darah.

Kita dapat melihat nabi telah diberi peluang untuk menang mudah iaitu tawaran daripada malaikat penjaga bukit untuk menjadikan bukit bawah jagaannya sebagai emas tetapi di tolak oleh nabi sebagaimana nabi menolak tawaran malaikat penjaga bukit yang ingin menghancurkan penduduk Taif yang begitu degil dengan menjatuhkan bukit ke atas penduduk Taif.

Peristiwa Isra’ dan Mikraj berlaku di dua tempat utama di bumi sebelum nabi dinaikkan ke Saidatul Muntaha iaitu bumi Mekah dan Palestin malah melalui ayat 1 surah Isra’ menjelaskan bagaimana Allah memberkati bumi Isra’ dan sekitarnya. Sehingga kini bumi Isra’ iaitu Baitul Maqdis, Palestin terus menjadi rebutan 3 agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi sehinggakan keganasan Yahudi dalam membunuh dan merampas tanah milik umat Islam terus berjalan tanpa perikemanusiaan.

Sejarah Perjalanan ISRA’ MIKRAJ

Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada/perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Malaikat Mika’il. Hati Baginda S.A.W. disuci dengan air zamzam dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu dan iman ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “kahtimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangi binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Isra’” itu.

Semasa Isra’
(Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil Aqsa)

Sepanjang perjalanan (Isra’) itu Rasulullah S.A.W ditemani oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah) Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan sembahyang sebanyak 2 rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah :
  1. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
  2. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S menerima wahyu daripada Allah.
  3. Baitul-Laham (tempat Nabi Isa A.S dilahirkan).

Dalam perjalanan itu juga Rasulullah S.A.W menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib Antaranya :
  1. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
  2. Tempat yang berbau harum, Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail: Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).
  3. Sekumpulan orang orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikaan dilakukan berkali-kali, Jibrail memberitahu : Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
  4. Sekumpulan orang yang menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
  5. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka . Kata Jibrail : Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri dan suami.
  6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba.
  7. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagu kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang yang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
  8. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali di gunting, lidah dan bibir merekakembali seperti biasa. Kata Jibrail : itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
  9. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail : Itulah orang yang kanan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menginakan) orang.
  10. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal tapi sudah terlambat.
  11. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail : Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
  12. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W tidak menghiraukannya. Kata Jibrail : Itulah orang yang mensiakan umurnya sampai tua.
  13. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala ambia’ dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilihan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Semasa Mikraj
(Naik ke Hadhratul Qudus Menemui Allah)

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W dan Jibrail naik tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

  1. Langit Pertama : Rasulullah S.A.W dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu jumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba’ dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
  2. Langit Kedua : Nabi S.A.W dan Jibrail naik tangga yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa A.S dan Nabi yahya A.S.
  3. Langit Ketiga : Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
  4. Langit Keempat : Naik tangga keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
  5. Langit Kelima : Naik tangga kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
  6. Langit keenam : Naik tangga langit keenam : Bertemu dengan nabi-nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala(disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramaitermasuk 70 000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
  7. Langit Ketujuh : Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W, Nabi Ibrahim A.S bersabda. “Engkau akan berjumpa dengan Allah pada mala mini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if , maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syuga iaitu La Haulawala Quwatta Illa Billah. Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim A.S bersabda : “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah iaitu : Subhanallah, Walhamdulillah, Wa la ila ha iilah allahuakbar dan La Haulawala Quwatta Illa Billahil Azim. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga. Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib, Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang(Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
  8. Tangga Kelapan : Di sinilah disebut “Al – Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W menyaksikan pelbagaikeajaiban pada pokok itu. Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dandahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka beserta dengan Malik penunggunya.
  9. Tangga kesembilan : Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha . Rasulullah S.A.W masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak derhaka kepada ibu bapanya.
  10. Tangga Kesepuluh : Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul – Nya.
Allah S.W.T : Ya Muhammad

Rasullah : Labbaika

Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.

Rasulullah : Ya Rabb, Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Daud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angina. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T : Aku ambil mu sebagai kekasih. Aku perkenankan mu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepada mu pada hari kiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelum mu. Aku berikan mu ayat-ayat di akhir surah al Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah “arasy”. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakan panji-panji Liwa – ul – hamd. Maka Adam dan semua yang lainya di bawah panji-panji mu. Dan aku fardukan atas mud an umat mu 50 (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W dibawa menemui Nabi Ibrahim A.S kemudian nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W meraya kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas Sembilan kali meraya, (setiap kali dikurangkan 5 waktu) akhirnya Allah perkenan memfardukan sembahyang 5 waktu sehari semalam dengan mengekalkan sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj

Rasulullah S.A.W turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul- Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudianya menjadi (saksi) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum Hijrah).

Emas - Emas Yang Hilang

Salam...

Jangan ketinggalan untuk mendapatkan ebook Emas - Emas Yang Hilang ini. Bagi fik ebook ni amat bermakna untuk tatapan bagi mereka-mereka yang baru nak memula atau ingin mengetahui lebih lanjut dalam dunia pelaburan emas.

Pelbagai tip-tip yang mantap dan berguna diberikan dalam ebook ini.

Apa yang terkandung dalam ebook ini ialah :

BAB 1 - Kelebihan Emas dalam Menjana kekayaan
BAB 2 - Kenapa Pelaburan Emas Menguntungkan
BAB 3 - Bagaimana Hendak Memulakan Pelaburan Emas
BAB 4 - Faktor yang Mempengaruhi Harga Pasaran Emas
BAB 5 - Strategi Pelaburan Emas
BAB 6 - Untungkah Dengan Menggadai Emas?
BAB 7 - Sesuai ke Buat Pinjaman (Loan) Untuk Melabur dalam Emas
BAB 8 - Antara Kelebihan Dinar Emas
BAB 9 - Tips-Tips Beli Dan Tukar Barang Kemas
BAB 10 - AWAS! Berhati - Hati Dengan Skim Pelaburan Emas

klik pada Banner kt bawah ni.

29hb 6 - 16hb 7 2009

Salam...

29hb 6 hingga 16hb 7 2009 merupakan hari yang teramat sibuk dalam hidup fik. 29hb 6 fik g skudai,johor sebab pendaftaran adik no 2 (tomy) kt UTM. Sambng master. Pagi 29hb 6 fik tolak g johor naik motor dgn adik no 2. Tomy xmo pos moto dia. Ni dah kali ke2 naik motor g skudai dari kelantan dan 1x dari skudai ke kelantan. Papa, mama n adik no 4 naik kete.

Hari 2 panas sangat, nak jadi cerita lepas jer tol Jabur. Tayar moto pancit sebab jalan raya terlampau panas. Nasib baik kete papa de kt belakang. Mula-mula tu risau gak. Tapi bila tengok penyelamat datang. Lega rasa kt hati. Jam 10.30 malam fik sampai kt skudai. 13jam lebih perjalanan. Ni photo masa tengah tukar tiub motor.



Pastu 7hb 7 fik ambil cuti keje, sebab papa tak leh nak g hantar adik no 3 (nadia) ke UDM, terengganu. Papa kena standy. Minggu sebelum mengundi kt Manik Urai. Semua polis PRU dan PORU tdo kt Balai Polis Machang ni.

Nadia lak konvo pada 14hb, dip radiogradi. Nasib baik hari tu seluruh kelantan cuti. Dapat la papa g konvo nadia. Pukul 4.30 pagi bertolak g terengganu, sebabnya nadia kena sidang pagi. Pukul 7.30 pagi dah kena ade dalam dewan konvo. Ni photo si nadia time konvo.



Sebab tu kalu tengok blog fik tak terupdate bermula dari tarikh tu. Harga emas pun xsempat nak monitor.