Sponser

Duit Syiling Peringatan Ulang Tahun Ke-50 BNM (1959-2009)

Salam Semua...

02.08.2009 hari tu, fik chatting dengan naz, dia bgtau fik tentang ebay ada jual coin emas. Fik mmg xpernah pun masuk kt ebay ni. Kalau kat lelong.com.my tu memang biasa la msk bid. Masuk bid pun saje jer. kacau pembida lain. hehehehee..

Masuk kt ebay, tgk Duit Syiling Peringatan Ulang Tahun Ke-50 BNM. Nampak macam comel jer. Fik pn beli 2 keping. Buat koleksi. BNM jual rm10 jer sekeping. Tapi fik beli kt ebay, faham-faham jela. Harga lain. Pada 06.08.2009, sampai la syiling 2. Tengok memang comel. Lupa lak. Yang fik beli ni Nordic Gold Coin jer.

Ni serba sedikit maklumat tentang Duit Syiling Peringatan Ulang Tahun Ke-50 BNM (1959-2009)




Bank Negara Malaysia ingin mengumumkan pengeluaran tiga jenis duit syiling peringatan sebagai merakamkan 50 tahun sumbangan Bank Negara Malaysia dalam pembangunan institusi kewangan dan menggalakkan kestabilan monetari dan kewangan. Duit syiling peringatan ini dilancarkan hari ini oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.



Duit syiling peringatan ini sah diperlakukan dan mempunyai spesifikasi berikut:

1. Duit Syiling Peringatan Emas (pruf)
Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan 999.9 dan berat setiap keping ialah 10.07 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM50 dan harga jualannya ialah RM1,250 sekeping. Sebanyak 300 keping sahaja ditempa.

2. Duit Syiling Peringatan Perak (pruf)
Nilai muka duit syiling pruf ini ialah RM10 dan diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 92.5 dan beratnya ialah 21.00 gram. Harga jualannya ialah RM150 sekeping. Sebanyak 400 keping sahaja ditempa.

3. Duit Syiling Peringatan Emas Nordic
Nilai muka duit syiling Emas Nordic ini ialah RM1 dan dijual pada harga RM10 sekeping. Sebanyak 10,000 keping ditempa.

Reka bentuk Duit Syiling

Berikut ialah penerangan tentang reka bentuk duit syiling peringatan Ulang Tahun ke-50 Bank Negara Malaysia:

1. Sebelah Hadapan Duit Syiling
Siluet latar langit Kuala Lumpur dan Putrajaya yang digambarkan pada bahagian hadapan duit syiling mencerminkan pembangunan dan kemajuan ekonomi negara sejak kemerdekaannya.

Logo Bank Negara Malaysia tertera pada bahagian tengah dalam garis berbentuk bunga lawang, iaitu sejenis rempah tempatan yang dikenali ramai. Bunga lawang ini melambangkan kepentingan perdagangan rempah yang telah menjana pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran di rantau ini pada zaman pemerintahan Kesultanan Melayu dan ia digambarkan pada duit syiling Dinar Matahari yang digunakan pada zaman tersebut. Perkataan "Ulang Tahun Ke-50 Bank Negara Malaysia" dan tahun "1959 - 2009" masing-masing tertera pada bahagian sisi duit syiling tersebut.

2. Sebelah Belakang Duit Syiling
Perkataan "Bank Negara Malaysia" dalam tulisan Jawi ditulis pada bahagian sisi atas duit syiling. Bintang pecah 14 melambangkan 14 buah negeri di Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan dan digambarkan pada bahagian tengah dalam garis berbentuk bunga lawang. Nilai muka duit syiling tertera pada bahagian sisi bawah, sementara pending iaitu corak hiasan tradisional Melayu tertera pada bahagian sisi kiri dan kanan duit syiling tersebut.

Ni gambar Duit Syiling Peringatan Ulang Tahun Ke-50 BNM (1959-2009) yang Fik beli

0 comments:

Catat Ulasan