Streamyx kt umah ada masalah. Kena panah kt petir makan masa gak TM repair. Tu jd lama xupdate blog nih. Sebelum Fik bercerita dengan lebih panjang. Jom, kita ke main topik.
Apa itu MAHAR??
Di dalam al-Quran istilah mahar disebut dengan al-sadaq, al-saduqah, al-nihlah, al-ajr, al-faridah dan al-‘aqd. Kita mulakan dengan persoalan ini. Apa itu MAHAR? Mahar berasal daripada perkataan Arab. Menurut istilah syara’ mahar ialah suatu pemberian yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan.
Mengikut Tafsiran Akta Undang-Undang Keluarga Islam ( Wilayah Persekutuan )1984 menyatakan “ mas kahwin “ bererti pembayaran perkahwinan yang wajib dibayar di bawah Hukum Syara’ oleh suami kepada isteri pada masa perkahwinan diakadnikahkan, sama ada berupa wang yang sebenarnya dibayar atau diakui sebagai hutang dengan atau tanpa cagaran, atau berupa sesuatu yang, menurut Hukum Syara’, dapat dinilai dengan wang.
Tujuan Artikal ni fik tulis, untuk mengajak anak2 muda yang belum berkahwin, apa kata kalau kita menyimpan dinar emas dari sekarang.. Cewah.. Macam la fik dah tua sgt. Dinar emas pn dah bole digunakan sebagai mas kahwin.. Jadi masa akad nikah. xpayah la kita nk convert dinar tu kepada wang kertas. Nanti dinar 2 bole jd aset pada isteri kita.
Sebagai mana yang kita sedia maklum, setiap tahun nilai mahar ( mas kahwin ) sentiasa meningkat sejajar dengan susutnya nilai duit kertas yang telah kita sedia maklum. Kalau zaman papa fik kawen dgn mama dulu mas kahwin dalam RM1000++. Tapi Sekarang kalau letak mas kahwin RM1000 orang dah tak pandang. Paling sikit pun RM7000-RM8000.
Apa yang fik dengar sekarang, nilai mas kahwin tengak atas education bakal isteri. Diploma pn paling rendah RM6000, itu belum yang blaja degree.
Kalau kita simpan duit kertas untuk kawen, mungkin masa kita mula bekerja. Nilai mas kawen pada masa tu rm6000 (2009). Dan kita dah simpan RM6000 untuk kawen 5 tahun lg(2014).
Ni contoh 1. Mungkin pada masa 5tahun akan datang. Nilai masa kahwin dah naik ke rm10,000. Jadi mcm tak berbaloi simpanan kita tu. Kita terpaksa lg menyimpan rm4,000 lg jika pada masa 2 keluarga mertua mintak RM10,000 sebagai mas kawen.
Ni contoh 2. Seperti mana yang kita sedia maklum. kenaikan harga emas dalam anggaran 25% setahun. Cuba kita bayangkan dalam masa 5tahun. 5tahun x 25% = 125%. Banyakan kenaikan harga emas. Dalam masa 1 tahun kita bole simpan 12 dinar emas dengan harga belian sekeping RM470.
Tahun 2009 : RM 470 x 12 keping dinar emas = RM 5640
Tahun 2010 : RM 5640 x 25% = RM 1410 + RM 5640 = RM 7050
Tahun 2011: RM 7050 x 25% = RM 1762.50 + RM 7050 = RM 8812.50
Tahun 2012 : RM 8812.50 x 25% = RM 2203.13 + RM 5640 = RM 11,015.63
Tahun 2013 : RM 11,015.63 x 25% = RM 2753.91 + RM 11,015.63 = RM 13,769.54
Tahun 2014 : RM 13,769.54 x 25% = RM 3442.39 + RM 13,769.54 = RM 17,211.93
Cuba bayangkan, dengan simpanan dinar pada tahun 2009 sebanyak 12 keping dengan harga RM 5640. Nilai dinar kita pada masa 5tahun akan datang bernilai RM 17,211.93.
Dengan Cara ini bukan sahaja simpanan kawen kita terjamin tapi siap mempunyai lebihan lagi. Semoga dengan artikal ini. Anak-anak muda yang belum berkahwin bole buka minda mereka dalam kepentingan dan kebaikan dalam penggunaan dinar sebagai mas kawen.
Cara ini juga bole digunakan oleh ibu bapa untuk anak-anak mereka.. klik kt
sini untuk artikal menabung dalam dinar.
2 comments:
Syabas Taufik... perancangan kewangan yang menarik... M.Nasir menggunakan dinar sebagai mahar atau mas kahwinnya dengan Marlia Musa.
Berkenaan mahar... ada perbezaan diantara mas kahwin dengan wang hantaran atau belanja hangus, walau pun kedua-duanya berhubung rapat. Mas kahwin untuk siisteri, manakala wang hantaran atau belanja hangus (ini yang ribu riban) digunakan oleh pihak keluarga isteri untuk majlis perkahwinan. Mungkin penggunaannya berlainan diantara sesebuah negeri.
Lupa nk abiskan ayat td cdan.. fik bg contoh negeri kelantan n tganu td.. Kelantan n tganu xda wang hantaran.. mcm negeri lain selain kelantan n tganu mas kawen n wang hantaran. tu y menyebabkan mas kawen yg tinggi.. =P
Catat Ulasan