Sponser

Kisah Rasulullah Membangun Sistem Ekonomi Islam

Sebelum Rasulullah hijrah ke Madinah, pasar dan sistem perdagangan di kota itu dikuasai dan dimonopoli sepenuhnya oleh orang–orang Yahudi. Maju dan mundurnya masyarakat Madinah pada masa itu secara tidak langsung diatur oleh kapitalis Yahudi. Di dalam masyarakat terjadinya penindasan, penzaliman dan riba dimana–mana. Setelah Rasulullah hijrah ke Madinah, sebagai pemimpin, Baginda tidak berdiam diri melihat kekacauan masyarakat Madinah yang bersumber pada eksploitasi oleh sistem ekonomi kapitalis. Langkah yang diambil Baginda adalah mengerahkan Sayidina Abdurrahman bin Auf, seorang hartawan, untuk membangun sistem ekonomi bertaraf ALLAH dan Rasul.

Sayidina Abdurrahman bin Auf memulakan dengan membangun pasar yang dikelola seratus peratus oleh umat Islam sendiri berlokasi tidak jauh dari pasar Yahudi, yang kemudian diberi nama “Suqul Anshar“ atau pasar Anshar. Semua orang Islam dihimbau untuk berjual beli dan melakukan semua aktiviti perdagangan di pasar itu tanpa bekerjasama sedikit pun dengan Yahudi dan tanpa terlibat dengan produk atau barang mereka. Dengan semangat perpaduan serta ketaatan pada ALLAH dan Rasul-Nya umat Islam saat itu menumpukan perhatian semata-mata di Suqul Anshar. Bahkan bukan itu saja, karana dalam sistem ekonomi Islam tidak ada penindasan atau riba serta amat memberi kemudahan dan di dalamnya juga terdapat semangat perpaduan dan rasa ber-Tuhan yang tajam, maka banyak orang bukan Islam dan orang luar kota pun tertarik untuk berdagang ke Suqul Anshar.

Hasil dari perjuangan itu maka dalam waktu singkat ekonomi Madinah beralih ke tangan umat Islam, sehingga ekonomi Yahudi yang sudah ratusan tahun, gulung tikar dan bangkrut bahkan mereka menjadi miskin dan akhirnya menutup pasar mereka. Oleh sebab itu jugalah sampai saat ini mereka sangat membenci dan dendam pada umat Islam dan sangat menginginkan secara ekonomi, umat Islam berada dalam kekuasaan mereka tanpa umat Islam menyedarinya.

Perpaduan umat Islam pada masa itu dalam ketaatan kepada ALLAH dan Rasul-Nya, berhasil membangun ekonomi Islam dan sekaligus merobohkan musuh tanpa berperang. Seharusnya kita sebagai umat Ijavascript:void(0)slam menganbil teladan dan mengikuti sunnah Nabi kita sebagai satu strategi untuk membangun sistem ekonomi Islam.

Peranan Institusi Kewangan Islam Dalam Meningkatkan Pemilikan Kekayaan Ummah : Satu Gagasan Dan Cabaran Perlaksanaan

Pengenalan

Adalah sesuatu yang tidak dapat dinafikan bahawa wang dan sistem kewangan banyak berkaitan dengan penghasilan kekayaan. Malahan, ramai beranggapan wang itu sendiri adalah kekayaan. Dalam hal ini, insitusi kewangan memainkan peranan yang amat penting. Mereka berperanan memobilisi simpanan yang sedia ada dan menyalurkan kepada para pelabur agar dapat digandakan untuk kekayaan dan penghasilan modal.

Peranan yang dimainkan oleh institusi-institusi kewangan ini tidak boleh dipandang remeh. Malahan, kita dapat menikmati pelbagai barangan dan perkhidmatan yang tidak dapat diperolehi dengan menghasilkannya sendiri. Institusi Kewangan Islam Setiap kali bercerita tentang institusi kewangan, pasti yang terlintas di fikiran kita ialah bank. Akan tetapi, bukan bank sahaja yang merupakan institusi kewangan di dalam Islam. Terdapat beberapa institusi kewangan yang lain seperti agensi dan pertubuhan Zakat, Waqf dan Baitul Mal. Malahan, institusi-institusi inilah yang amat perlu diperkembangkan, lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang gawat pada waktu ini.

Dalam membicarakan peranan institusi kewangan dalam pembentukan pemilikan kekayaan masyarakat, kita tidak boleh mengenepikan kejatuhan matawang yang melanda dunia kini. Setiap cadangan perlu mengambilkira dinamik dan kesan daripada krisis kewangan global.

Peranan Sektor Bank Dalam Krisis Kewangan Global


Amatlah jelas kini bahawa sektor bank yang bertanggungjawab dalam kejatuhan system kewangan yang melanda dunia. Ianya merupakan kegagalan sistem bank pusat dan kejatuhan sistem kapitalis. Memetik kata-kata Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy yang berbunyi “Laissezfaire telah mati”. Perbankan sewajarnya dipertanggungjawabkan di atas krisis ini memandangkan bank banyak “mencipta wang” begitu sahaja tanpa disandarkan kepada apa-apa, pada kadar yang jauh lebih tinggi ditambah penambahan kadar daripada kemampuan sebenar perkembangan ekonomi negara. Keadaan ini telah menyebabkan wujudnya “bubbles”. Penciptaan wang ini dihasilkan melalui simpanan bank, di mana bank-bank Islam juga terlibat.

Bank-bank Islam pada masa ini kelihatan stabil dan mampu mengatasi krisis memandangkan mereka tidak melabur dalam instrument hutang seperti “mortgage-based collateralized debt obligations” ataupun “credit default swaps” yang mengakibatkan kejatuhan matawang.

Akan tetapi, semua bank saling berkaitan antara satu sama lain melalui rangkaian transaksi perakaunan. Oleh itu, kejatuhan bank-bank konvensional yang disebabkan oleh kera puhan kredit “credit crunch” akan turut menjejaskan perbankan Islam.

Kewangan Islam adalah berasaskan aset dan tidak berasaskan hutang. Faktor ini ditambah jaringan terus kepada aset tetap yang menyebabkan kestabilan serta melindungi daripada masalah hutang piutang.

Walau bagaimanapun, perbankan dan kewangan Islam hari ini masih mempunyai banyak kekurangan contohnya, wang ia tidak berasaskan kepada ekonomi sebenar, sama seperti system konvensional. Walaupun kesemua instrumen terus berkait dengan aset sebenar, malangnya, wang ini tidak disandarkan dengan aset. Kewangan Islam pada masa ini, terlepas pandang beberapa perkara penting dalam aspek kewangan contohnya wang itu sendiri. Hari ini, sebagai rakan kongsi bank konvensional, bank Islam turut beroperasi dalam ruang lingkup system “fractional reserve banking” yang menggunakan “fiat money” yang tidak disandarkan dengan komoditi sebenar seperti emas atau perak.

Ini berbeza dengan setiap transaksi yang berdasarkan prinsip-prinsip Shari’ah seperti perkahwinan, capital punishments, zakat dan sebagainya yang bersandarkan emas dan perak sebagai tukaran matawang, dan tidak boleh ditukar. Kebijaksanaan di sebalik hal ini kurang difahami oleh para akademik dan ahli-ahli Shari’ah, kerana ia berkait dengan pemahaman tentang implikasi ekonomi terhadap definisi wang yang berbeza.

Dalam pada itu, teori kewangan menjangkakan bahawa perkaitanan antara institusi kewangan Islam dan konvensional melalui “fiat monetary sistem” akan mengakibatkan penggabungan di antara keduanya.

Pada masa ini perbankan Islam telah bergabung dengan perbankan konvensional. Memandangkan institusi perbankan kewangan Islam dan konvensional mempunyai urusan diantara keduanya, oleh itu mereka saling berkaitan melalui rekod-rekod perakaunan. Hal ini telah mengakibatkan bank-bank yang mengamalkan sistem perbankan Islam kurang berdaya tahan dalam menangani kemelesetan kewangan global kelemahan dalam definisi wang.

Oleh yang demikian, jika perbankan dan kewangan Islam ingin memainkan peranan bermakna ke arah peningkatan Ummah, maka inilah masanya ia seharusnya kembali kepada bentuk asal iaitu wang disandarkan kepada sektor utama melalui komoditi utama. Kini merupakan masa yang sesuai untuk memperkenalkan dinar emas sebagai matawang. Penggunaan dinar emas mengelakkan penghasilan wang (creation of money) yang akan mewujudkan “bubbles”. Tanpa usaha dan langkah tersebut, adalah mustahil memerangi masalah kemelesetan ekonomi global yang mendatang.

Pada tahun-tahun akan datang, kemelesetan ekonomi akan mengakibatkan kegagalan orang awam melangsaikan hutang pinjaman dan pembiayaan. Jikalau bank-bank Islam mengambil sikap sama seperti bank konvensional dengan menutup akaun dan mengisytiharkan muflis terhadap para pelanggan, maka tindakan ini pastinya tidak berupaya meningkatkan apatah lagi melindungi pemilikan kekayaan ummah. Malahan, ummah akan kehilangan kekayaan.

Setakat ini tiada bukti jelas menunjukkan bank-bank Islam telah berjaya meningkatkan ekonomi ummah. Di Pakistan dan Sudan di mana keseluruhan bank mengamalkan perbankan Islam pun, mengalami kegagalan dalam sistem yang sedia ada. Terdapat kajian membuktikan bahawa kadar kemiskinan di Sudan meningkat walaupun perbankan Islam dilaksanakan keseluruhannya. Bank-bank Islam tidak seharusnya menjadi sebahagian daripada “fractional reserve banking” jikalau ia benar-benar ingin menyumbang ke arah kebaikan ummah.

Fokus bank-bank Islam tidak seharusnya hanya kepada kaedah pembiayaan pinjaman seperti Murabaha, BBA and Ijarah. Ia harus mengambilkira aktiviti berbentuk ‘pengurusan dana’ serta mengambil risiko menggunakan lebih banyak kaedah Musharakah. Bagi pembiayaan rumah, koperasi perumahan Islam adalah sesuai dilaksanakan. Kaedah ini menggunakan konsep sewa berbanding faedah dan ia memberi manfaat kepada pembeli. Pembeli boleh memperolehi rumah dengan cepat berbanding BBA yang banyak merugikan pembeli.

Institusi kewangan Islam yang lain seperti zakat, waqf dan baitul mal turut berperanan penting dalam meningkatkan ekonomi ummah. Institusi zakat misalnya, dapat diperbaiki dengan beberapa kaedah, seperti menggalakkan orang ramai membayar zakat, ketelusan dalam pengagihan wang zakat dan mempelbagaikan cara pengagihan wang zakat contohnya melalui tajaan pendidikan rakyat miskin di sekolah-sekolah vokasional, pertanian, import eksport dan sebagainya.

Institusi waqf seperti telah diabaikan. Dalam sejarah dunia Islam, institusi waqf telah memainkan peranan utama dalam pembiayaan, pembangunan dan pengurusan ekonomi empayar Islam. Banyak kemudahan awam telah dibiayai dengan waqf. Oleh yang demikian, waqf seharusnya dikaji semula bagi membiayai misalannya sistem persekolahan, universiti, hospital dan sebagainya. Wangnya juga boleh dimanfaatkan bagi membiayai pendidikan golongan miskin, membiayai kajian dan sebagainya.

Baitul mal berperanan besar dalam mengurus sistem kewangan Islam. Dalam ekonomi dinar ia boleh memainkan peranan sebagai “minter” dan “gold custodian”. Dinar emas akan menjaga serta mempertahankan kekayaan ummah. Apabila kita menerima dolar sebagai matawang antarabangsa, mereka boleh menciptanya begitu sahaja lalu membeli barang daripada seluruh dunia. Itulah yang dilakukan dengan wang bailout sebanyak USD700 bilion dan beberapa trillion yang dicipta oleh Federal Reserve bagi menangani krisis kewangan. Kebanyakan wang tersebut digunakan untuk membeli barangan dari luar Amerika Syarikat. Amerika Syarikat mampu melakukan apa sahaja mengikut kehendak mereka memandangkan masyarakat dunia telah mengiktiraf dolar sebagai matawang antarabangsa. Kini wang tersebut digunakan untuk menaja lebih banyak peperangan, contohnya di Palestin dan akan datang dengan Iran.

Bank-bank Islam, yang merupakan sebahagian daripada “fractional reserve banking system”, turut terlibat dalam keseluruhan permainan ini.

Untuk itu, dalam usaha meningkatkan ekonomi ummah, pendekatan holistik amat diperlukan.Bukan hanya peranan bank-bank Islam yang perlu diteliti, malahan institusi-institusi kewangan yang lain, turut harus dikaji.

Memandangkan kejatuhan kewangan sedang merebak ke seluruh dunia, pastilah ia akan turut memberi kesan kepada perbankan Islam dan institusi kewangan yang lain. Kerapuhan kredit (credit crunch) yang diakibatkan oleh krisi ini adalah menyamai krisis kewangan yang melanda pada tahun 1997. Ia akan mengakibatkan ekonomi merudum, kadar pengangguran meningkat, kelembapan perniagaan dan sebagainya. Harga dan nilai aset akan turut jatuh. Fenomena ini berlaku disebabkan sistem kewangan yang ada membenarkan bank-bank “mencipta wang” semudahnya lalu memberi pinjaman dengan mengenakan kadar faedah atau menggunakannya untuk membeli pelbagai aset untuk dijual balik, disewakan dan sebagainya seperti dalam kewangan Islam. Untuk itu, kerajaan sepatutnya menghalang ‘foreclosures’ dalam keadaan ini kerana ia akan menyukarkan rakyat akhirnya.

Pada saat ini, kita seharusnya mengakui gagasan murni oleh bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad yang mencadangkan penggunaan dinar emas, khususnya bagi urusan perniagaan antarabangsa. Malaysia seharusnya menjual hasil minyak dan petroleum serta lain-lain barangan eksportnya dengan tukaran nilaian emas.

Dalam situasi politik-ekonomi global kini, apa yang seharusnya dilakukan oleh institusi-institusi kewangan Islam dalam meningkatkan dan mempertahankan ekonomi ummah ialah mengkaji emas dan perak (dan lain-lain komoditi berkaitan) sebagai ukuran nilai dalam semua transaksi kewangan. Emas dan perak dijadikan ukuran nilai matawang dalam prinsip-prinsip Shari’ah bukanlah sesuatu yang sia-sia, pasti terkandung hikmahnya.

DR. AHAMED KAMEEL MYDIN MEERA
Penasihat (Ekonomi)
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)

Tabungan Melalui Dinar

Assalamualaikum kepada semua...

Sejak kita kecil lagi, ibu bapa kita akan melatih kita untuk menabung... Bila kita dah kawen dan mempunyai anak.. Kita pula akan menurunkan ilmu manabung ini kepada anak-anak kita.. Dan begitu la pula, anak-anak kita akan melatih cucu-cucu kita untuk menabung... Kalau kita perhatikan perkara ini akan diturukan dari 1 generasi ke 1 generasi.

Kebiasaannya tabungan yang biasa kita buat melalui simpanan wang kertas.. Betul x?? Apa kata kalau kita tukar konsep tabungan melalui wang kertas kepada tabungan melalui Dinar Emas. Fik cadangkan Dinar Emas kerana harga Dinar Emas ni lebih murah dan kita mampu miliki berbanding goldbar..

Seperti mana yang kita sedia maklum.. Harga dinar semakin naik setiap tahun, ini kerana kenaikan harga emas dipasaran dunia.. Sebagai contoh, pada tahun 2003 harga dinar kelantan hanya RM250 tp cuba kita lihat sekarang.. Harga dinar kelantan dah cecah RM470-RM512 pada tahun ni(2009).. Melalui cara ini, akan berlaku kenaikan nilai pada tabungan kita...

Berbeza pula dengan tabungan melalui wang kertas.. Yang paling utama, nilai wang kertas akan berlaku susut nilai.. Dimana kuasa membeli dengan wang rm10,000 pada 10 tahun lepas dah tidak sama dengan kuasa membeli pada masa ni.. Sebagai contoh, kita lihat.. Dulu beli telur dgn wang RM1 kita leh dapat 5 biji.. Skarang dengan wang RM1 kita leh dpat 3biji jer.. Kita dah hilang hak ke atas nilai wang disebabkan susut nilai...

Pilihan sekarang ditangan kita...

" JOM KITA PAKAT RAMAI-RAMAI MENABUNG MELALUI SIMPANAN DALAM BENTUK DINAR"

Bank Rakyat New Info

Assalamualaikum..

Info terbaru tentang gadaian Bank Rakyat (BR)..

Mulai 25hb Mei 2009 BR telah selaraskan harga gadaian bagi barang emas menggunakan harga gadaian barang kemas. Kalau dulu harga gadaian barang emas lebih rendah daripada harga gadaian barang kemas.

OPs..!!!! lupa lak nak bagitau beza antara barang emas dengan barang kemas ni..


• Barang Kemas - emas perhiasan yang biasa kita tengok orang perempuan pakai

• Barang Emas - emas seperti dinar, coin, kijang emas, goldbar, dll


• Kita akan dapat nilai pinjaman yang lebih tinggi kerana mendapat nilai marhun yg lebih tinggi.


• Upah simpan semakin tinggi.. sebabnya kadar upah berkadar langsung dengan nilai marhun

Rahsia Bulan dan Kelahiran

Kita off topic pasal emas jap... Sekadar nak kongsi info untuk kita lebih mengenali diri kita... Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap mengikut bulan kelahiran yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah... Mai kita selidik diri kita...


JANUARI
1. Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
2. Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
3. Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
4. Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
5. Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
6. Pandai mengambil hati orang lain.
7. Pendiam kecuali telah dirangsang.
8. Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
9. Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
10. Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
11. Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
12. Cukup sayang pada kanak-kanak.
13. Suka duduk di rumah.
14. Setia pada segala-galanya.
15. Perlu belajar kemahiran bersosial.
16. Sifat cemburu yang sangat tinggi.

FEBRUARI

1. Berfikiran abstrak.
2. Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
3. Bijak dan pintar.
4. Berpewatakan yang mudah berubah.
5. Mudah menawan orang lain.
6. Agak pendiam.
7. Pemalu dan rendah diri.
8. Jujur dan setia pada segalanya.
9. Keras hati untuk mencapai matlamat.
10. Tidak suka dikongkong.
11. Mudah memberontak apabila dikongkong.
12. Suka kegiatan yang lasak.
13. Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
14. Mudah mempamerkan marahnya.
15. Tidak suka benda yang remeh-temeh.
16. Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
17. Sangat berani dan suka memberontak.
18. Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
19. Pemerhatian yang tajam.
20. Suka hiburan dan sukan.
21. Suka benda yang bersifat seni.
22. Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
23. Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
24. Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
25. Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC
1. Berpesonaliti menarik dan menawan.
2. Mudah didampingi.
3. Sangat pemalu dan pemendam rasa.
4. Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
5. Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
6. Suka pada kedamaian.
7. Sangat peka pada orang lain.
8. Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
9. Tidak cepat marah dan sangat amanah.
10. Tahu membalas dan mengenang budi.
11. Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
12. Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
13. Suka berangan-angan.
14. Suka melancong.
15. Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
16. Kelam kabut dalam memilih pasangan.
17. Suka dengan hiasan rumahtangga.
18. Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
19. Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
20. Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL
1. Sangat aktif dan dinamik.
2. Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
3. Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
4. Punya daya mental yang sangat kuat.
5. Suka diberi perhatian.
6. Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
7. Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
8. Sangat berani dan tiada perasaan takut.
9. Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
10. Emosi cepat terusik.
11. Cuba kawal perasaan.
12. Kecenderungan bersifat pendendam.
13. Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
14. Kuat daya ingatan.
15. Gerak hati yang sangat kuat.
16. Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
17. Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
18. Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI
1. Keras hati & tegas.
2. Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
3. Pemikiran yang tajam.
4. Mudah marah apabila tidak dikawal.
5. Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
6. Perasaan yang amat mendalam.
7. Cantik dari segi mental & fizikal.
8. Tidak perlu dimotivasikan.
9. Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
10. Mudah dipujuk.
11. Bersikap sistematik (otak kiri).
12. Suka berangan.
13. Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa
diberitahu.
14. Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
15. Daya khayalan yang tinggi.
16. Permikiran yang tajam.
17. Pandai berdebat.
18. Fizikal yang baik.
19. Kelemahan sistem pernafasan.
20. Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
21. Tidak berapa suka duduk di rumah.
22. Tidak boleh duduk diam.
23. Tidak punya ramai anak.
24. Rajin dan bersemangat tinggi.
25. Agak boros

JUN
1. Berfikiran jauh & berwawasan.
2. Mudah ditawan kerana sikap baik.
3. Berperangai lemah lembut.
4. Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
5. Idea yang terlalu banyak di kepala.
6. Bersikap sensitif.
7. Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
8. Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
9. Bersikap suka menangguh-nangguh.
10. Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
11. Cepat marah & cepat sejuk.
12. Suka bercakap & berdebat.
13. Suka buat lawak & bergurau.
14. Otaknya cerdas berangan-angan.
15. Mudah berkawan & pandai berkawan.
16. Orang yang sangat tertib.
17. Pandai mempamerkan sikap.
18. Mudah kecil hati.
19. Mudah kena selsema.
20. Suka berkemas.
21. Cepat rasa bosan.
22. Sikap terlalu memilih & cerewet.
23. Kurang mempamerkan perasaan.
24. Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
25. Suka pada barang yang berjenama.
26. Mudah menjadi eksekutif.
27. Kedegilan yang tidak terkawal.
28. Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI
1. Sangat suka didamping.
2. Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
3. Agak pendiam kecuali dirangsang.
4. Ada harga dan maruah diri.
5. Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
6. Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
7. Sangat menjaga hati orang lain.
8. Sangat peramah.
9. Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
10. Berjiwa sentimental.
11. Jarang berdendam.
12. Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
13. Tidak suka benda remeh-temeh.
14. Membimbing cara fizikal dan mental.
15. Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
16. Layanan yang serupa terhadap semua orang.
17. Tinggi daya simpati.
18. Pemerhatian yang tajam.
19. Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
20. Mudah dan rajin belajar.
21. Suka muhasabah diri.
22. Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
23. Suka mendiamkan diri.
24. Suka duduk di rumah.
25. Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
26. Tidak agresif kecuali terpaksa.
27. Lemah dari segi kesihatan perut.
28. Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
29. Minta disayangi.
30. Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
31. Terlalu mengambil berat.
32. Rajin dalam membuat kerja.

OGOS
1. Suka berlawak.
2. Mudah tertawan padanya.
3. Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
4. Berani dan tidak tahu takut.
5. Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
6. Pandai memujuk orang lain.
7. Terlalu pemurah & bersikap ego.
8. Nilai harga diri yang sangat tinggi.
9. Dahagakan pujian.
10. Semangat juang yang luar biasa.
11. Cepat marah & mudah mengamuk.
12. Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
13. Sangat cemburu.
14. Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
15. Cepat berfikir.
16. Fikiran yang berdikari.
17. Suka memimpin & dipimpin.
18. Sifat suka berangan.
19. Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
20. Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
21. Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
22. Belajar untuk bertenang.
23. Sikap kelam kabut.
24. Romantik, pengasih dan penyayang.
25. Suka mencari kawan.

SEPTEMBER
1. Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
2. Sangat cermat, teliti & teratur.
3. Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
4. Pendiam tapi pandai bercakap.
5. Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
6. Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
7. Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
8. Sangat sensitif yang tidak diketahui.
9. Orang yang banyak berfikir.
10. Daya pentaakulan yang baik.
11. Otak bijak & mudah belajar.
12. Suka mencari maklumat.
13. Kawal diri dari terlalu mengkritik.
14. Pandai mendorong diri sendiri.
15. Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
16. Suka sukan, hiburan & melancong.
17. Kurang menunjukkan perasaannya.
18. Terluka hatinya sangat lama disimpan.
19. Terlalu memilih pasangan.
20. Sukakan benda yang luas.
21. Bersistematik.

OKTOBER
1. Suka berbual.
2. Suka orang yang sayang padanya.
3. Suka ambil jln tengah.
4. Sangat menawan & sopan santun.
5. Kecantikan luar & dalam.
6. Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
7. Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
8. Sentiasa berkawan.
9. Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
10. Cepat marah.
11. Macam pentingkan diri sendiri.
12. Tidak menolong orang kecuali diminta.
13. Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
14. Tidak suka terima pandangan orang lain.
15. Emosi yang mudah terusik.
16. Suka berangan & pandai bercakap.
17. Emosi yang kelam kabut.
18. Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
19. Suka melancong, bidang sastera & seni.
20. Pengasih, penyayang & lemah lembut.
21. Romantik dalam percintaan.
22. Mudah terusik hati & cemburu.
23. Ambil berat tentang orang lain.
24. Suka kegiatan luar.
25. Orang yang adil.
26. Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
27. Mudah patah semangat.

NOVEMBER

1. Banyak idea dalam perkara.
2. Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
3. Berfikiran kehadapan.
4. Berfikiran unik dan bijak.
5. Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
6. Pemikiran yang tajam.
7. Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
8. Sesuai jadi seorang doktor.
9. Cermat dan teliti.
10. Personaliti yang dinamik.
11. Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
12. Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
13. Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
14. Terlalu degil dan keras hati.
15. Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
16. Tak suka marah kecuali digugat.
17. Mudah ambil berat terhadap orang lain.
18. Pandai muhasabah diri.
19. Cara berfikir yang lain dari orang lain.
20. Otak yang sangat tajam.
21. Pandai mendorong diri sendiri.
22. Tidak hargai pujian.
23. Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
24. Cuba sampai berjaya.
25. Badan yang sasa.
26. Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
27. Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
28. Suka duduk d irumah.
29. Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
30. Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
31. Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
32. Bercita-cita tinggi.
33. Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah.

DISEMBER
1. Sangat setia dan pemurah.
2. Bersifat patriotik.
3. Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
4. Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
5. Bercita-cita tinggi.
6. Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
7. Seronok bila didampingi.
8. Suka bercampur dengan orang.
9. Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
10. Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
11. Tidak pandai berpura-pura.
12. Cepat marah.
13. Perangai yang mudah berubah-ubah.
14. Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
15. Benci pada kongkongan.
16. Suka berlawak.
17. Pandai buat lawak dan berfikiran logik.

p/s : hehehe.. fik lahir bulan 3

Mengurus Wang Anda 2

ALAT PERANCANGAN KEWANGAN

Setelah mengetahui manfaat daripada perancangan kewangan, anda barangkali memerlukan satu lagi perkara untuk memulakannya. Bank Negara Malaysia telah menghasilkan buku-buku berikut untuk panduan anda dan keluarga anda:

  • Buku Wang Saku Buku Wang Saku ialah alat yang digunakan oleh pelajar sekolah untuk mempelajari dan mengamalkan pengurusan hal kewangan peribadi dengan merekod wang masuk, perbelanjaan dan simpanan. Buku Wang Saku diedarkan di bawah Program Sekolah Angkat oleh institusi-institusi perbankan. Harga senaskhah buku ini ialah RM1.

  • Buku Perancangan dan Penyata Kewangan Keluarga Buku Perancangan dan Penyata Kewangan Keluarga ini dirangka untuk membantu golongan dewasa dan ahli keluarga mereka. Buku ini dihasilkan untuk menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pendapatan, perbelanjaan, simpanan dan pelaburan peribadi di peringkat isi rumah. Satu seksyen mengenai konsep perancangan dan belanjawan, yang merupakan satu ciri penting dalam pengurusan akaun isi rumah, turut dimasukkan.

Harga Emas Dah Naik!!!!

Nampaknya Federation Of Goldsmiths And Jewellers Associastion Of Malaysia atau singkatan FGJAM dah naikkan harga emas...


Ni harga sebelum naik

999 Gold : RM125.00/gm

916 Gold : RM117.00/gm

835 Gold : RM108.00/gm

750 Gold : RM97.00/gm

375 Gold : RM53.00/gm


Ni harga terbaru

999 Gold : RM130.00/gm

916 Gold : RM122.00/gm

835 Gold : RM112.00/gm

750 Gold : RM101.00/gm

375 Gold : RM55.00/gm

Syiling Emas yang Paling Berat di Dunia


Syiling emas yang paling berat di Dunia ini dipamerkan di Zeist Belanda baru-baru ini.

Syiling emas ini dibuat oleh Jabatan Syiling Diraja Kanada pada bulan Mei tahun 2007. panjang garis pusat syiling ini 53 sentimeter, tebalnya 3 sentimeter dan beratnya 100 kilogram. Ia sekarang bernilai sejuta dolar Kanada. Ketulenan emasnya mencecah 99.999%.



Syiling emas yang paling berat di Dunia ini dipamerkan di Zeist Belanda baru-baru ini. Syiling emas ini dibuat oleh Jabatan Syiling Diraja Kanada pada bulan Mei tahun 2007.

Mengurus Wang Anda

SELANGKAH DEMI SELANGKAH KE ARAH AMALAN PERANCANGAN KEWANGAN YANG BAIK

Perancangan kewangan adalah penting, walau banyak mana sekalipun pendapatan kita. Rahsianya ialah mengetahui di mana anda sekarang, hendak ke manakah anda pada masa hadapan dan bagaimana untuk sampai ke sana. Anda boleh menambah nilai wang anda jika anda dapat mempelajari bagaimana untuk menguruskannya secara berhati-hati, seperti:
• Mengetahui apa hendak dibuat dengan wang anda
• Mengetahui ke mana perginya wang anda
• Mengenal pasti tabiat anda berbelanja
• Membentuk satu rancangan perbelanjaan yang cermat
• Berbelanja secara berhemat dan mengikut kemampuan anda
• Menyimpan wang sedikit demi sedikit untuk masa depan anda

Pandangan semua ahli keluarga khususnya anak-anak, hendaklah diambil kira semasa membuat keputusan berhubung dengan perancangan kewangan anda. Ini akan menjadikan anda lebih akur dengan rancangan perbelanjaan anda dan juga membantuanak-anak membentuk kemahiran dalam hal perancangan kewangan pada peringkat umur yang masih muda lagi. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil dalam merancang kewangan anda:

Langkah 1 - Menentukan Matlamat Kewangan Anda

Menentukan matlamat kewangan dapat membantu orang ramai baik yang muda mahupun yang dewasa untuk mempelajari nilai wang. Matlamat kewangan mencerminkan apa yang anda hendak lakukan dengan wang anda dalam satu jangka masa tertentu. Penentuan matlamat akan mendorong anda berbelanja dan menyimpan wang mengikut kaedah yang akan membolehkan matlamat anda tercapai.

Setiap keluarga menentukan matlamat dan merancang hal kewangan mereka berasaskan kepada penilaian masing-masing. Walau apa pun jua penilaian mereka sekeluarga, rancangan kewangan mereka adalah merupakan suatu ekspresi tentang apa yang paling penting bagi mereka. Umumnya matlamat-matlamat ini meliputi:
• Membeli rumah
• Membeli kereta
• Berkahwin
• Pelajaran anak-anak
• Percutian
• Persaraan
• Menunaikan haji

Perbelanjaan perubatan Penentuan beberapa siri matlamat peribadi akan membantu anda untuk mengurus wang anda dengan berhemat. Matlamat anda boleh berubah dari semasa ke semasa, namun ia mampu memberi dorongan dan insentif kepada anda agar terus membuat perancangan kewangan. Anda harus merancang untuk:

• Matlamat Jangka Pendek Perkara yang boleh dilakukan dalam tempoh yang terdekat. Mungkin dalam tempoh seminggu atau beberapa bulan, tetapi tidak melebihi setahun seperti membeli pakaian baru atau menyimpan wang untuk percutian.

• Matlamat Jangka Sederhana Perkara yang boleh dibuat dalam tempoh satu hingga lima tahun seperti membeli sebuah kereta atau sebuah komputer.

• Matlamat Jangka Panjang

Perkara-perkara yang diharapkan boleh dicapai tetapi mengambil masa yang lebih lama lagi misalnya dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun, seperti membeli rumah, menyimpan wang untuk pendidikan anak-anak di peringkat yang lebih tinggi.

Peruntukan wang simpanan ke arah matlamat-matlamat ini bergantung kepada beberapa faktor yang seterusnya akan menentukan pilihan pelaburan anda.

Oleh itu, adalah penting matlamat-matlamat ini disenaraikan mengikut keutamaan. Amaun yang diketepikan untuk memenuhi matlamat ini berbeza daripada satu individu kepada individu yang lain dan faktor-faktor yang diambil kira adalah termasuk faktor usia, tahap pendapatan, perbelanjaan, jumlah tanggungan, status pekerjaan dan taraf perkahwinan.

Langkah 2 - Menjejaki Ke Mana Perginya Wang Anda

Setelah anda menentukan matlamat anda, anda mungkin berasa mustahil untuk mencapainya, lebih-lebih lagi jika anda mendapati tiada lagi yang tinggal apabila tiba cukup bulan. Sekiranya anda membuat perancangan untuk berbelanja dengan lebih baik, matlamat anda akan menjadi mudah tercapai berbanding apa yang anda jangkakan. Walau bagaimanapun, sebelum anda membentuk rancangan perbelanjaan, anda perlu menjejaki dahulu ke manakah perginya wang anda. Ini boleh dilakukan dengan merekod setiap perbelanjaan yang dibuat bagi sesuatu tempoh contohnya lapan minggu. Ini bukan bertujuan menyekat perbelanjaan anda tetapi mengenal pasti hala tuju perbelanjaan anda.

Dengan ini, anda akan mengetahui:
• Ke mana dan bagaimana anda membelanjakan wang anda
• Berapa banyakkah anda berhutang setiap bulan
• Berapa banyakkah yang masih tinggal pada akhir bulan

Langkah 3 - Menilai Cara Anda Berbelanja

Jika anda mendapati bahawa anda tidak mempunyai apa-apa baki pada akhir bulan, barangkali anda perlu menilai cara anda berbelanja. Anda perlu meneliti senarai perbelanjaan anda untuk memastikan sama ada kesemuanya adalah benar-benar perlu atau merupakan perbelanjaan yang anda boleh kurangkan atau tiadakan. Berikut adalah tip-tip bagaimana anda boleh menjadikan perbelanjaan anda lebih menjimatkan:

• Semak senarai barangan isi rumah yang anda beli untuk meneliti sama ada jenamanya boleh ditukar ke jenama yang lebih murah (seperti kertas tisu tandas, serbuk pencuci, cairan pembersih dan sebagainya)

• Semak senarai keperluan barang-barang dapur anda untuk mengenal pasti barangan yang "elok ada" tetapi sebenarnya tidak diperlukan

Anda juga sepatutnya mengenal pasti isyarat amaran mengenai tabiat anda berbelanja yang tidak sihat yang boleh membawa kepada masalah kewangan:
• Menggunakan wang simpanan untuk membayar bil semasa
• Melengahkan pembayaran bil-bil yang selalunya dibayar sebelum tarikh tamat
• Membuat pinjaman baru untuk melunaskan pinjaman lama
• Menangguhkan pembayaran balik pinjaman anda
• Memilih untuk membayar secara ansuran apabila membeli barangan harian untuk isi rumah
• Pembayaran melebihi pendapatan pada akhir bulan
• Membeli mengikut gerak hati walaupun anda tahu bahawa anda tidak mampu membelinya Bagi membantu menyemai sifat-sifat berdisiplin di dalam cara anda berbelanja, anda perlu merangka rancangan perbelanjaan anda dan akur kepadanya.

Langkah 4 - Menulis Rancangan Perbelanjaan Anda

Dengan mencatatkan aliran wang masuk dan wang keluar, anda dapat menghalakan tumpuan ke bahagian di mana perbelanjaan sudah menjadi tidak terkawal dan juga bagi memberi ruang kepada anda untuk menyimpan pula. Sekiranya pendapatan anda melebihi perbelanjaan, anda akan dapat mengetepikan wang untuk rancangan simpanan demi mencapai matlamat kewangan anda.

Di bawah ini adalah panduan bagaimana untuk merangka satu rancangan perbelanjaan bertulis:
1. Tentukan berapakah pendapatan bulanan anda.
2. Campurkan semua jumlah perbelanjaan termasuk bil bulanan tetap, bayaran balik pinjaman, sewaan, perbelanjaan keperluan harian dan sebagainya.
3. Ketepikan sejumlah wang yang tetap yang mencukupi untuk membiayai keperluan di waktu kecemasan atau belanja bermusim (seperti yuran sekolah, cukai jalan, pembaharuan insurans dan sebagainya).

Sekiranya terdapat lebihan setelah menolak perbelanjaan anda maka semakin hampirlah anda ke matlamat anda. Sekiranya anda tidak mempunyai lebihan wang tunai untuk disimpan, anda mungkin perlu menyemak semula pola perbelanjaan anda dan mengurangkan mana-mana perbelanjaan yang tidak perlu.

Jangan menyifatkan rancangan perbelanjaan anda sebagai batasan yang mengikis keseronokan dalam hidup anda. Belanjawan yang mencapai matlamatnya sebenarnya dapat membebaskan dana dan membantu anda mencapai peningkatan matlamat kebebasan kewangan buat masa sekarang dan pada masa akan datang.

Gadai - Ar-Rahn

Tatacara Gadaian Di Ar-Rahn

• Perkhidmatan ini dibuka kepada semua individu atau bukan individu permastautin yang berumur 18 tahun dan ke atas.

• Jumlah pinjaman sehingga 60% dari nilai barang sandaran (marhun).

• Barang-barang sandaran (marhun) yang terdiri daripada barang-barang emas sahaja diterima.

• Penggadai dikenakan upah menyimpan barang gadaian (marhun) dengan kadar sebagaimana berikut:



• Gadaian dikira sah dan sempurna (Ijab & Qabul) apabila penggadai dan pemegang gadai serta saksi menandatangani surat gadaian menandakan telah bersetuju menerima syarat-syarat yang dikenakan.

• Tempoh gadaian adalah selama enam bulan dari tarikh gadaian. Bagaimanapun penggadai boleh memohon melanjutkan tempoh gadaian mengikut persetujuan kedua-dua belah pihak sehingga 6 bulan lagi.

• Jika penggadai gagal menebus, Ar Rahn akan mengeluarkan “Notis Lelong” sebelum menjual marhun secara lelongan oleh pelelong berlesen.

• Baki harga lelong akan dikembalikan kepada penggadai, sesudah ditolak jumlah hutang, upah, kos.

Untuk cawangan klik kt cni... CAWANGAN AR-RAHN


Gadai - Agro Bank


Margin Pinjaman Kadar Upah Sebulan Bagi Setiap RM100 Nilai Marhun, harga emas yang digadai. Bukan atas nilai pinjaman.


Kadar Upah Simpan



Tempoh Gadaian

6+3+2 bulan (Tempoh gadaian pertama ialah 6 bulan, boleh dilanjutkan 3 bulan lagi dan lanjutan tempoh terakhir selama 2 bulan).


Gadai - Bank Rakyat



Margin Pinjaman Kadar Upah Sebulan Bagi Setiap RM100 Nilai Marhun, harga emas yang digadai. Bukan atas nilai pinjaman.

Gadaian di Bank Rakyat terbahagi kepada 2 jenis skim
a) Gadaian Ar Rahnu (Sekiranya jumlah pinjaman di bawah RM 5,000.00)
b) Gadaian Az Zahab (Sekiranya jumlah pinjaman RM 5,001.00 hingga RM 50,000.00)


Gadaian Ar rahnu:

• Pinjaman sebanyak 65% dari jumlah harga emas yang digadaikan pada hari itu (Marhun).

• Tempoh pembayaran sehingga 6 bulan sahaja. Walaubagaimanapun tempoh pembayaran boleh di tangguhkan sehingga gandaan 6 bulan dengan syarat upah simpan perlulah di jelaskan.

• Setiap barangan yang disandarkan tidak boleh melebihi nilai RM 5,000.00 sehari dengan jumlah terkumpul adalah sebanyak RM 25,000.00.



Gadaian Az-Zahab:

• Pinjaman sebanyak 65% dari jumlah harga emas yang digadaikan pada hari itu (Marhun).

• Setiap barangan yang disandarkan tidak melebihi nilai RM 5,001.00 sehari dengan jumlah terkumpul adalah sebanyak RM 50,000.00.

• Pembayaran balik pinjaman adalah selama 36 bulan atau secara lumpsum dalam tempoh 6 bulan.

Kadar Pinjaman ialah 65% Nilai Marhun.


Kadar Upah Simpan



Tempoh Gadaian

6+6+6+... (tempoh gadaian yang tiada had limit, selagi kita bayar upah simpan setiap 6bulan... Emas kita tak akan dilelong)


Labur Dalam Emas

KILAUAN kuning emas sering menjadi tarikan sesetengah wanita hingga ada yang sanggup berhabis wang semata-mata untuk memilikinya.

Bagi mereka yang kurang cenderung menghimpunkan barangan kemas dihasilkan daripada emas kuning, malah langsung tidak terfikir untuk memilikinya, tarikan logam ini tetap tidak dapat dinafikan menerusi nilainya sebagai aset pelaburan.

Membeli dan menjual emas sebagai satu bentuk pelaburan bukan kisah baru namun memiliki jongkong emas atau mungkin lebih sesuai disebut kepingan emas untuk beratnya yang agak minimum, antara aliran yang agak rancak kini.

Kepopularannya mungkin berpunca daripada pelbagai faktor khususnya harga emas yang menunjukkan peningkatan sejak akhir-akhir ini. Ia juga dikatakan antara pelaburan terbaik dalam keadaan ekonomi yang tidak begitu memberangsangkan kini.

"Sekalipun harganya jatuh, tetapi secara purata, harga emas tetap berada pada tahap yang tinggi. Jika tahun lalu, ia pernah berada pada harga RM80 segram, namun kini rata-rata ia berada pada harga RM120 segram.
"Kenaikan harganya yang agak ketara ini antara tarikan utama pembelian emas sebagai pelaburan. Malah, berdasarkan pemerhatian, aliran pembelian jongkong emas semakin popular sejak tahun lalu," kata Penolong Pengurus Komunikasi Pemasaran Habib Jewels Sdn Bhd (Habib), Yasheedah Yashaiya ketika ditemui di ruang pameran Habib di Alamanda, Putrajaya, baru-baru ini.

Menurutnya, peningkatan dan penurunan harga emas boleh dirujuk pada harga dolar Amerika Syarikat (AS) iaitu apabila harga dolar AS meningkat, harga emas akan menurun dan sebaliknya.

Bagi Habib, pengeluaran jongkong emas dilakukan sejak syarikat terbabit mula beroperasi. Ia dihasilkan dalam bentuk yang ringkas, sekali gus memudahkan pemiliknya untuk menyimpan, bahkan jongkong emas itu boleh dijual di mana-mana ceruk dunia.

Kepingan emas seberat 10 gram misalnya, hanya selebar ibu jari manakala berat maksimum dikeluarkan Habib adalah jongkong emas satu kilogram.

Jongkong atau kepingan emas berkenaan adalah jenis terbaik iaitu emas 999 yang mempunyai nilai paling tinggi berbanding tiga jenis emas lain - 916, 835 dan 750.

Bagi kepingan emas 10 gram, harga semasa mengikut pasaran dunia mungkin menjangkau RM1,300 namun syarikat berkenaan boleh mengurangkan harganya berdasarkan beberapa faktor misalnya cara bayaran.

Pembayaran dilakukan secara tunai mendapat potongan harga berbeza untuk setiap gram berbanding pembayaran menggunakan kad kredit.

Menariknya, menurut Yasheedah, ramai pembeli jongkong atau kepingan emas berkenaan adalah lelaki yang memang mendapatkannya semata-mata untuk tujuan pelaburan.

"Wanita yang bekerjaya turut memilikinya untuk pelaburan dan ada yang menjadikannya sebagai hadiah hantaran perkahwinan," katanya.

Di kalangan wanita yang memang menggemari emas kuning, katanya, gelang dan rantai tangan antara aksesori yang paling laris, bukan saja dijadikan pelaburan, malah untuk perhiasan diri.

Memandangkan sambutan terhadap emas putih, turut dijadikan pilihan adalah barangan kemas dihasilkan daripada emas 916 yang disalut emas putih sekali gus menghasilkan dua rona berbeza, putih dan kuning pada satu-satu aksesori.

Ruang pameran di Putrajaya itu kini mengadakan pameran dan penjualan pada harga cukup rendah yang berlangsung sehingga 22 Mac ini.

Antaranya koleksi eksport barangan kemasnya diberi potongan sehingga 70 peratus manakala koleksi dianggap paling istimewa adalah berlian bersijil dengan potongan harga paling rendah di pasaran.

Sumber : Metro

Antara Emas Kuning atau EmasPutih : Yang Mana Satu Menjadi Pilihan Anda?

Kebiasaanya, bagi orang Melayu, mereka lebih sukakan cincin emas kuning. Ada yang memberikan alasan, kerana ianya lebih menyerlah. Dari jauh lagi, dah boleh nampak.
Namun, jika kita perhatikan trend masakini, ramai pasangan yang memilih emas putih sebagai cincin perkahwinan mereka. Alasannya, lebih elegan & si pemakainya akan nampak lebih muda.

Bagi saya, setiap jenis emas mempunyai keunikannya yang tersendiri. Ia melambangkan citarasa si pemakai. Bak kata orang, cantik ini subjektif. Ada orang nampak emas kuning lebih cantik, ada orang pula kata yang emas putih lebih sweet.
Jika anda masih teragak-agak untuk membeli emas putih atau kuning (kerana anda nampak kedua-dua design sama cantik sama lawa), mungkin tips di bawah boleh anda gunakan:

1. Fikirkan dari sudut praktikal.
Antara kedua-dua jenis cincin, yang mana satu anda rasa lebih praktikal untuk diri anda. Maknanya; adakah anda suka memakai cincin emas putih/kuning setiap hari sepanjang hidup anda?

2. Kesesuaian dengan fizikal anda.
Seperti, warna kulit, bentuk jari (runcing, kurus dan gemuk). Bukan setakat warna emas yang perlu anda fikirkan, malah anda juga perlu perhatikan perincian yang terdapat pada cincin itu; adakah ia sesuai atau tidak dengan anda.

3. Alergi.
Tidak semua orang mempunyai alergi terhadap barang kemas. Tapi bagi sesetengah kulit, mereka alah pada logam selain emas tulen (emas kuning). Buat pengetahuan anda, emas putih adalah campuran emas dengan nikel atau palladium. Sebab itu, bagi yang mempunyai alahan ini, kulit anda mungkin tidak dapat tahan dengan kandungan logam yang dicampurkan dengan emas tulen tersebut.

4. Bajet.
Sebenarnya, harga emas putih dan kuning tidak jauh beza. Kedua-duanya adalah berasal daripada jenis emas yang sama. Tetapi, yang membezakan keduanya mungkin dari sudut perincian. Seperti; jumlah permata, bilangan karat, cara potongan dsb. Walau apa-pun, stick to your badget.

Harap informasi ini dapat membantu anda.

Sumber : http://majlisimpian.com

Hukum Lelaki Memakai Emas Putih dan Platinum

Assalamualaikum wrm wrbt.

1. Adakah dibenarkan seseorang lelaki memakai emas putih seperti yang terdapat di pasaran sekarang?

2. Seseorang telah memberitahu saya bahawa emas putih tidak dikenakan zakat, jadi ianya dibenarkan bagi seseorang lelaki memakainya. Adakah ianya benar?

Sekian Terima Kasih.

Jawapan.

Hukum lelaki memakai emas amat jelas hukumnya, iaitu haram berdasarakn begitu banyak dalil-dalil hadith, antaranya :-

Ali bin Abu Talib r.a. berkata:
"Rasulullah s.a.w. mengambil sutera, ia letakkan di sebelah kanannya, dan ia mengambil emas kemudian diletakkan di sebelah kirinya, lantas ia berkata: Kedua ini haram buat orang laki-laki dari umatku." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasa'i, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah)

Tetapi Ibnu Majah menambah: "halal buat orang-orang perempuan."
Nabi s.a.w. juga pernah melihat seorang laki-laki memakai cincin emas di tangannya, kemudian oleh Nabi dicabutnya cincin itu dan dibuang ke tanah.

Kemudian beliau bersabda:
"Salah seorang diantara kamu ini sengaja mengambil bara api kemudian ia letakkan di tangannya. Setelah Rasulullah pergi, kepada si laki-laki tersebut dikatakan: 'Ambillah cincinmu itu dan manfaatkanlah.'

Maka jawabnya: 'Tidak! Demi Allah, saya tidak mengambil cincin yang telah dibuang oleh Rasulullah.'" (Riwayat Muslim)

Dan seperti cincin, menurut apa yang kita saksikan di kalangan orang-orang kaya, yaitu mereka memakai pena emas, jam emas, gelang emas, bekas penghidup rokok emas, gigi emas dan seterusnya adalah haram hukumnya.

Bagaimanapun, bagaimana pula hukum emas putih? Adakah hukumnya sama seperti emas biasa yang berwarna kuning?

Untuk menjawab soalan ini, kita perlu memahami apakah itu emas secara umum.

Emas adalah unsur kimia dalam tabel periodik yang memiliki simbol Au (bahasa Latin: 'aurum') dan nomor atom 79. Sebuah logam transisi (trivalen dan univalen) yang lembek, mengkilap, kuning, berat, "malleable", dan "ductile". Emas tidak bereaksi dengan zat kimia lainnya tapi terserang oleh klorin, fluorin dan aqua regia. Logam ini banyak terdapat di nugget emas atau serbuk di bebatuan dan di deposit alluvial dan salah satu logam coinage. Kode ISOnya adalah XAU. Emas melebur dalam bentuk cair pada suhu sekitar 1000 derajat celcius.

Inilah namanya emas. Sekarang, jika terbukti emas putih adalah dari jenis yang sama logamnya maka hukumnya adalah sama dengan emas kuning. Jikalau kita melihat takrif emas putih di bawah :-

White Golds: What are they?
What are 'white golds'? Are they a special form of gold? Do they contain gold? These are typical questions often asked of us. Well, they are not a special form of gold (which is why you cannot get 24 carat white gold). Actually, they are true carat golds, just like yellow or red carat gold jewellery. They are gold alloys that look white rather than yellow. The white colour is achieved by careful choice of the alloying metals, which bleach the deep yellow of pure gold.

Juga disebut bahawa :-
"White gold is an alloy of gold and at least one white metal, such as silver or palladium. Like yellow gold, white gold is measured in Karats."
Berdasarkan keterangan dari sumber-sumber yang berwibawa ini, saya kira adalah jelas bahawa emas putih adalah jenis logam yang sama dengan emas kuning cuma ia terdapat campuran logam berwarna putih samada dari perak atau palladium. Justeru, hukumnya adalah sama iaitu HARAM buat orang lelaki dan halal bagi kaum wanita memakainya.

Adapun Platinum, ia adalah jenis logam yang berlainan,

Dalam takrifannya Platinum adalah : "Platina adalah suatu unsur kimia dalam tabel periodik yang memiliki lambang Pt dan nomor atom 78. Sebuah logam transisi yang berat, "malleable", "ductile", berharga, berwarna putih-keabuan. Platinum tahan karat dan terdapa dalam beberapa bijih nikel dan copper. Platinum digunakan dalam perhiasan, peralatan laboratorium, gigi, dan peralatan kontrol emisi mobil."

Jelas dari penjelasan ini, bahwa emas putih bukanlah platinum sebagaimana yang didakwa beberapa pihak sehingga membawa kepada fatwa halal orang lelaki memakai emas putih kerana ia adalah platinum.

Kesimpulannya : Halal bagi lelaki memakai platinum dan haram baginya untuk memakai emas putih. Bagaimanapun yang terpilih tetap perak bagi orang lelaki, kerana ia adalah sunnah Nabi SAW jua.

Sumber : Jabatan Agama Islam Selangor

Simpanan Hari Emas Anda

“Pencen besok dapat duit KWSP lebih kurang lima puluh ribu bolehlah abah beli rumah teres. Selesa sikit keluarga kita”, suatu hari 12 tahun dulu Pak Mat memberitahu anaknya. Munif anaknya yang baru berumur 11 tahun pada masa itu terasa girang sekali. Dapat duduk rumah teres. Tiada lagi rumah kecil satu bilik, tandas di luar rumah.

Sekarang duit Pak Mat dah dapat, bukan lima puluh ribu, tetapi lima puluh tujuh ribu. Lebih tu. Tapi hasrat Pak Mat dan Munif berumah teres yang selesa tidak kesampaian. Rumah kos rendah saja yang dapat. Itupun tak sempat nak buat renovation di bahagian dapur dan garaj untuk Datsun bahulunya (Datsun 120Y). Apatah lagi hajat Pak Mat nak pergi haji suami isteri terpaksa ditangguhkan dahulu. Munif di tahun akhir universiti, pakailah dulu pinjaman berbunga PTPTN tu setakat yang ada.

Pak Mat tak pernah berharap duit simpanan KWSPnya bertambah dan beranak-anak. Hasrat Pak Mat bukan untuk melabur. Kalau Pak Mat nak melabur, KWSP bukan tempatnya. Hasrat Pak Mat hanyalah untuk wangnya selamat dan terkumpul sehingga masa boleh dipetik.

Tetapi Pak Mat tak pernah diberitahu tentang susut nilai. Pak Mat tak pernah maklum bahawa lima puluh ribu sekarang nilainya tak sama dengan lima puluh ribu 12 tahun dahulu. Mungkin Munif yang belajar jurusan ekonomi di Universiti Malaya saja yang faham. Dia sudah mula ambil tahu sekarang.

“Abah, kalau wang kita disimpan dalam bentuk emas, tak jadi macam ni. Takde lah susut nilai sampai macam ni. Apalagi dengan harga minyak naik melambung ni, simen mahal, besi mahal tiada harga siling, beras naik, tepung naik…… tapi Alhamdulillah Abah…”, kata Munif pada Pak Mat semasa ayahnya sedang melayan blues dengan rokok daunnya.

“Alhamdulillah apa?” Tanya Pak Mat sambil melepaskan asap rokok bergelung-gelung dari mulutnya.

“Kira OKlah kita Abah. Di Zimbabwe 100 bilion duitnya tak dapat nak beli sebuku roti benggali!” terang Munif supaya ayahnya berfikiran positif.

“Tapi sekurang-kurangnya depa kat Zimbabwe tu merasa juga jadi billionaire!” Selamba Pak Mat menjawab.

Kah! Kah! Kah! Mereka dua beranak ketawa kuat-kuat. Bukan apa, sekadar mengubat hati yang terluka dan terganggu oleh keadaan semasa.

KWSP sebagai badan yang professional perlu lebih proaktif dalam “menyimpan” wang hari tua rakyat. Bukan sekadar menyimpan “amaun”, tetapi juga menyimpan “nilai” wang tersebut.

Bagaimana cara melaksanakannya?

Bagi saya yang terbaiknya KWSP sendiri yang handle penyimpanan emas ini. Wujudkan akaun keempat untuk simpanan emas. Terpulang kepada pencarum sebanyak mana wang ingin disimpan dalam bentuk emas. Time sesak, pencarum boleh gadaikan kepada KWSP, bila caruman meningkat, tebus balik. Sebab bagi saya walaupun duit diperlukan untuk masa hadapan, tetapi kita lebih memerlukannya sekarang! Buat apa nak membank rakyat di situ sini sedangkan kita ada tabungan yang sebenar-benarnya.

Jika KWSP masih belum bersedia untuk memperkenalkan simpanan seperti saranan di atas iaitu dalam bentuk dinar emas dan sebagainya, maka eloklah KWSP memperkenalkan produk terbaru ala-ala saranan Tuan Sebol iaitu Skim Pengeluaran Untuk Membeli Emas. Di sini pencarum sendiri yang membeli emas dan menyimpannya di tempat-tempat yang diakui oleh KWSP.

Kebaikannya, nilai duit kita terjamin, zakat emas pun boleh bayar. Siapa kat sini pernah bayar zakat emas? Jadi kesimpulannya kita tak perlu jadi kaya-raya untuk keluarkan zakat emas.

Wallahua’lam

Bank Islam Dan Pembebasan Sistem Riba

Kita juga perlu berhati-hati kerana tidak mahu sistem harapan dijadikan kuda trojan sistem riba.

Untuk kebaikan bersama, sistem bank Islam mungkin perlu memerhatikan isu-isu berikut:

* Jaminan kuantiti dan kualiti mata wang

* Piawaian atau 'ISO' mata wang

* Perbahasan mengenai faedah yang tidak berfaedah

Salah satu tujuan utama sesebuah bank ditubuhkan ialah untuk menyimpan harta dan wang ringgit supaya selamat. Keselamatan ini mestilah dari segi jaminan kuantiti dan kualiti barangan yang disimpan.

Di samping itu fungsi bank adalah untuk memberi kemudahan kredit kepada para pelanggan dalam melicinkan urusan. Sama ada untuk perniagaan dan perdagangan ataupun sumber pinjaman am.

Zaman dahulu orang ramai menyimpan barangan kemas, wang emas dan perak pada tukang-tukang emas kerana mereka mempunyai peti besi untuk tujuan menyimpan dengan selamat.

Tukang emas akan mengeluarkan resit untuk mudah memulangkan simpanan tersebut. Amnya itulah cara tukang emas menjadi pelopor sistem bank moden. Ada yang mengatakan resit-resit itu akhirnya menjadi sistem buku cek dan juga menjadi asas sistem wang kertas yang mewakili simpanan. Paling penting diingat ialah tukang emas itu mestilah menjamin kuantiti dan kualiti harta atau wang yang disimpan.

Tukang emas dapat menjamin nilai simpanan kerana berat emas dan perak tidak akan berubah kecualilah dikikis oleh tukang emas tersebut. Tukang emas boleh menipu dengan mengadakan resit berlebihan daripada deposit emas. Bank moden juga boleh mencetak kertas berlebihan daripada simpanan emas kemudian meminjamkan kepada orang lain sambil mengenakan faedah.

Ini dikatakan penciptaan kredit (wang). Inilah juga asas sistem riba bank moden yakni keupayaan mencipta wang tanpa sandaran - Something from nothing.

Penciptaan wang tanpa sandaran boleh dikaitkan dengan Presiden Nixon yang memutuskan ikatan emas dengan dolar pada tahun 1971 kerana dolar Amerika dicetak berlebihan daripada simpanan emas.

Tindakan tersebut membebaskan pihak bank Amerika mencetak wang sebanyak mungkin tanpa memerlukan deposit emas lagi. Kini dolar sah menjadi paksi 'sistem wang palsu yang dihalalkan'.

Perhatikan kenyataan oleh Government Securities, U.S. Bureau of Engraving yang dipetik dari buku Economic Solutions oleh Peter Kershaw (1994). ''Biro (mata wang Amerika) mencetak anggaran 16 juta wang kertas setiap hari. Biro ini berkuasa mencipta wang sebanyak mana sekalipun. Yang membataskannya ialah kelajuan alat cetak dan kesediaan orang ramai untuk menerimanya.'' Dalam sistem perbankan sekarang, resit atau wang kertas sudah diberi realiti dan bukan lagi dianggap sebagai lambang wang. Akhirnya lambang wang (wang kertas dan wang elektronik) dan emas terperangkap dalam persoalan 'apa dahulu antara ayam dengan telur'.

Adakah wang kertas yang mentakrifkan emas atau emas yang mentakrifkan wang kertas? Sistem perbankan berjaya mengelirukan kita tentang takrifan wang untuk membolehkan sistem tersebut mencetak lambang wang dengan berlebihan sebagaimana tukang emas yang menulis resit lebih banyak daripada simpanan dalam peti besinya.

Keadaan ini menjadikan 'wang tidak ada ISO'. Wang tanpa piawaian hakiki. Kualiti wang menjadi tidak terjamin sebagaimana yang kita lihat dalam fenomena kejatuhan nilai wang sesetengah negara sehingga beratus-ratus peratus pada tahun 1997.

Perkara asas yang perlu diketengahkan ialah bank lazim mahupun bank Islam tidak lagi dapat menjamin kualiti wang. Pihak bank mungkin boleh menjaga kuantiti wang kerana institusi tersebut dapat mencetak wang tanpa sandaran. Tetapi pihak bank tidak dapat menjamin kualiti wang. Ini bermakna sistem bank atas nama apa pun sebenarnya sudah gagal berfungsi seolah-olah peti besi tukang emas (bank) sudah dicerobohi.

Penceroboh itu mungkin orang luar seperti spekulator mata wang tetapi pihak bank juga boleh 'mengikis' nilai wang kerana pihak tersebut boleh mencetak lambang wang dengan berlebihan. Akhirnya nilai wang tidak dapat dikawal oleh kerajaan tetapi dikawal selia oleh hegemoni perbankan, pencetak wang dan yuppies.

Tanpa 'ISO mata wang', perbahasan mengenai faedah pun menjadi tidak berfaedah. Persoalan utama bukannya tentang bunga ataupun faedah. 'Persoalan pokok ialah tentang pokok itu sendiri'.

Ini bermaksud persoalan utama ialah tentang simpanan asal. Wang simpanan kita dikatakan beruntung, 'berbunga' atau diberi faedah, lazimnya sekitar 10% tetapi apa gunanya jika nilai wang boleh disusut nilai sehingga 600% seperti yang berlaku di Indonesia (tukaran 2500 rupiah sedolar menjadi 16,000 rupiah sedolar selepas campur tangan IMF).

Ini bermakna setiap simpanan asal sebanyak 2500 rupiah yang sebelum era IMF bersamaan 1 dolar tetapi kini bernilai 15 sen Amerika dalam sekelip mata sahaja. Bukannya bunga yang didapati malahan 'pokok asal yang ditebang'. Untuk sistem bank yang bebas daripada riba, Bank Islam perlukan piawaian mata wang menurut Islam.

Kita tidak mahukan sistem yang boleh dijadikan kuda trojan sistem Barat kerana mereka masih boleh merompak nilai wang simpanan kita. Piawaian dolar akan memerangkapkan kita dengan perbahasan tentang faedah yang sia-sia. Tanpa piawaian mata wang menurut Islam, bank Islam tidak mungkin dapat menjamin kualiti mata wang atau tidak berupaya melakukan safekeeping. Inilah cabaran untuk sistem bank Islam yang perlu ditangani jika kita benar-benar mahu mengawal nilai ringgit daripada terus menjadi mangsa penyangak kewangan antarabangsa dan para spekulator.

DR. HAKIMI IBRAHIM, Pensyarah Pusat Pengajian Teknologi Industri, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.


Sumber : Utusan Malaysia

Beli Emas Untuk Pelaburan

BERBICARA mengenai barang kemas, kaum wanita merupakan golongan yang paling gemar membelinya walaupun harga emas semakin meningkat. Tidak dinafikan barang kemas seolah-olah telah menjadi menjadi keperluan kepada kaum Hawa dan juga secara tidak langsung melambangkan kemewahan dan status seseorang.

Bukan setakat masyarakat Melayu yang menggemari barang kemas emas malah ia menjadi hadiah utama pada majlis perkahwinan kaum Cina dan India.

Walaupun pada masa kini ‘kegilaan’ wanita telah beralih pada barangan perhiasan diri seperti kristal dan batu-batu permata, namun masih ramai yang mempercayai keistimewaan emas pada pemakainya.

Menurut Pengurus Operasi Runcit Habib Jewels Sdn. Bhd., Mohd. Zaruddin Mahmud, kenaikan harga emas yang mencecah RM101 bagi satu gram (harga Sabtu lepas) tidak menjejaskan jualan malah jumlah pelanggan yang datang sama seperti semasa harga emas masih murah.

Katanya lagi, harga emas kini merupakan harga yang paling tinggi bagi tempoh 20 tahun dan ia dijangka naik lagi.

‘‘Harga emas akan sentiasa naik walaupun ada ketikanya ia akan turun sedikit tetapi selepas itu akan naik tinggi lagi lebih-lebih lagi menjelang Tahun Baru Cina kerana ramai orang membeli emas,’’ kata Mohd. Zaruddin.

Beliau menambah, kenaikan harga emas berlaku kerana bekalan yang tidak mencukupi, permintaan berlebihan dan juga ketidaktentuan pasaran.

“Ramai yang berasa lebih selamat melabur dalam emas berbanding kewangan kerana harga emas yang sentiasa naik.

‘‘Emas merupakan sejenis logam yang amat sesuai untuk pelaburan dan bagi yang mempunyai wang khususnya wanita adalah lebih baik jika membeli emas pada masa ini dan jangan risau harganya akan turun.

‘‘Sebenarnya kegemaran wanita membeli emas apabila mempunyai wang seperti selepas mendapat bonus, dividen saham dan sebagainya bukan sahaja menguntungkan mereka malah keluarga juga.

‘‘Itu merupakan kelebihan wanita kerana selain membeli emas sebagai perhiasan diri, pada masa sama mereka turut membuat pelaburan dan dapat digunakan semasa susah seperti ketika anak bersekolah atau melanjutkan pelajaran ke universiti,’’ jelas Mohd. Zaruddin lagi.

Beliau menambah, orang Melayu merupakan golongan yang banyak membeli emas untuk dipakai sendiri, sementara kaum Cina lebih suka membeli dalam bentuk jongkong emas untuk pelaburan.

‘‘Orang Melayu sudah mula memahami dan menyedari mengenai kelebihan dalam pelaburan emas sejak dua atau tiga tahun lepas. Bagi yang hendak membeli dalam bentuk jongkong emas, beli daripada jauhari yang bertauliah bagi mengelakkan daripada ditipu.

‘‘Terdapat jongkong emas dengan berat 10 gram, 50 gram, 100 gram dan 500 gram. Jongkong yang terlalu tebal mungkin mengandungi kurang kandungan emas 916.

‘‘Jongkong emas yang popular adalah emas 916 dan 999 dan cuma harga emas sahaja yang dikira tanpa upah. Keuntungan boleh dilihat apabila jongkong dijual ketika harga emas naik,’’ katanya.

Wanita jelasnya, harus mempunyai pengetahuan untuk mengambil peluang pada harga emas kini bagi membeli emas kerana belian emas yang dibuat pada tahun ini adalah menguntungkan.

‘‘Begitu juga dengan lelaki Melayu, jika dua, tiga tahun dulu mereka suka berbelanja mewah dengan membeli kereta besar, menambah aksesori kereta atau membeli set barangan elektrik yang mahal tetapi kini sudah mula pandai membeli emas,’’ ujarnya.

Beliau berkata, pembelian emas yang dilakukan dalam negeri dapat membantu pembangunan kerana aliran wang berlaku dalam negara kita sahaja.

Menurutnya, di Habib bukan sahaja menjual emas tetapi membeli semula emas lama untuk dileburkan.

Rakyat Malaysia mempunyai banyak emas yang tersimpan dan sebenarnya tidak perlu kita membeli emas dari negara luar seperti Eropah, Afrika Selatan, Indonesia dan sebagainya.

‘‘Habib membeli emas lama pada harga yang lebih tinggi daripada pajak gadai selain trade-in yang cuma ditolak 15 peratus sahaja.

“Jadi mereka yang mempunyai emas lama dan tidak dipakai, janganlah disimpan sahaja. Jual pada yang bertauliah dan emas lama itu akan dilebur dan direka semula dengan rekaan moden. Sekarang mungkin tempoh terbaik kerana kadar harga emas yang tinggi,’’ kata Mohd. Zaruddin.

Sementara itu, menurut Mohd. Zaruddin, Habib akan mengadakan Pesta Emas pada 22 Februari hingga 2 Mac depan dan banyak koleksi terbaru 2008 akan dijual sempena menyambut ulang tahun Habib yang ke-50.

‘‘Banyak koleksi terbaru khusus untuk remaja yang dibuat daripada emas kuning boleh dibeli kerana Habib mahu menggalakkan remaja untuk membeli dan memakai emas kuning yang boleh dijadikan pelaburan masa depan,” katanya.

Sumber : Utusan Malaysia

China Akan Terus Tambah Stok Emas, Atasi Kesan Krisis Ekonomi Global

Pemerintah China menyatakan telah menambah stok emasnya sejak tahun 2003 lalu menjadi 1.054 Ton.China yang diwakili oleh Hu Xiaolian menyatakan bahawa pemerintah setempat juga telah cadangan emas yang mereka miliki telah bertambah sebanyak 454 Ton dari stok pada tahun 2003 lalu sebanyak 600 Ton.

Pengurus pasar emas dunia sebelumnya juga telah melakukan beberapa pertemuan dengan China dalam membahas rencana tersebut yang diharapkan dapat membantu China dalam mengatasi dampak krisis kewangan global yang menghantam perindustrian yang kini menjadi salah satu sektor utama negara tirai bambu tersebut.

Dengan harga emas yang meningkat saat itu hingga 1% diharga $910.80, maka telah mengishtiharkan bahawa saat ini China memiliki asset emas hingga $30.9 Juta yang disurvey oleh Reuters.

China sendiri tercatat rajin melakukan konfirmasi ulang dan melakukan segala kewajipannya dalam kepemilikan asset yang dimilikinya tersebut kepada IMF yang juga tercatat jelas di bank sentral dan Badan Pengawas Stastistik setempat.

Dengan kepemilikan emas sebanyak itu, maka China kini menempati urutan ke 5 negara dengan pemilikan emas terbanyak dunia dimana hanya 6 negara yang memiliki stok emas hingga 1000 Ton sampai hari ini

Pemerintah setempat juga menyatakan bahwa sampai hari ini mereka masih melakukan pembelian Emas baik dipasar domestik maupun internasional sebagai bentuk lain dari bentuk uang kas milik negara

Hou Huimin dari China Gold Association bahkan menyarankan pemerintah China agar terus menambah stok emas yang mereka miliki hingga mencapai 5000 Ton sebagai langkah untuk meminimunkan kesan dari krisis kewangan global saat ini.

Bagaimana Wang FIAT Dicipta

Ini bermula dari kerajaan. Kerajaan tidak ada wang dan memerlukan 10 billion US dollar untuk membiayai perbelanjaan kerajaan untuk hari – hari mendatang. Kerajaan melalui Pembendaharan (Treasury) akan pergi ke Fed kerana itulah FED ditubuhkan (membekal wang).

Pegawai FED akan mengeluarkan sebuah cek besar dan memberikan cek tersebut kepada kerajaan Amerika Syarikat. Pada peringkat ini kita harus bertanya dari mana wang ini datang. Jawapannya wang tidak ada ! Checking Akaun pun tiada , yang ada hanya buku cek. Wang itu wujud ketika pegawai FED menandatangani cek tersebut. Dicipta atas angin dan dipinjamkan kepada kerajaan dengan bunga (interest).

Jika kamu dan saya berbuat demikian kita akan masuk penjara. FED boleh melakukannya kerana kongres AS yang mahu FED berbuat demikian. Kita akan lihat kemudian kenapa .

Pegawai Perbendaharaan akan mendepositkan cek tersebut kedalam akaun kerajaan di salah satu Federal Reserve System Bank (secara teknikalnya bukan Bank pun) dan kerajaan mula menulis cek untuk membayar perbelanjaan projek – projeknya . Marilah kita lihat bagaimana sebahagian kecil wang ini berada dipihak Bank Kormersial.

Apabila wang ini meninggalkan bahagian kerajaan, ia akan masuk kedalam perbankan kormersial. Sebagai contoh, seorang Posmen menerima cek 100 US dollar dan mendepositkannya kedalam bank berhampiran. Bank dengan cek 100 US dollar tersebut mengistiharkan bahawa bank tersebut boleh memberi pinjaman. Ini menyebabkan mereka yang menunggu untuk mendapatkan pinjaman bergembira, kerana itulah tujuan mereka pergi ke bank untuk mendapatkan pinjaman. Setengah orang akan rasa ragu – ragu kerana hanya 100 US dollar sahaja dideposit. Pegawai Bank berkata jangan bimbang, kami boleh memberi pinjaman sehingga 900 US dollar. Bagaimana ini boleh berlaku ?

Ini boleh berlaku kerana FED telah mensyaratkan minima 10% pinjaman mesti disimpan ( rizab berkanun – fractional reserve banking). Oleh kerana 100% dari 10% (100 USD) adalah 1000 US dollar, maka Bank boleh memberi pinjaman 900 US dollar dan 100 US dollar disimpan melalui deposit Posmen tersebut. Pada peringkat ini kita harus bertanya dari mana pulak wang ini datang. Jawapannya tidak ada. Wang ini datang dari atas angin dan wujud ketika mana anda dan saya menandatangani perjanjian pinjaman tersebut.

Kesimpulannya, atas keputusan kerajaan yang memerlukan 10 billion US dollar, sebanyak 100 bilion US dollar wang baru dicipta atas angin – semuanya diberi pinjaman dengan interest oleh pihak bank. Interest atas angin.

Perbezaan antara kegunaan wang oleh kerajaan dan bank adalah seperti berikut. Kerajaan menggunakan wang kosong tersebut untuk membayar projek mereka sedangkan bank meminjamkan wang kosong tersebut untuk projek kita dengan interest dan mengadaikan asset kita untuk mereka. Bank akan mengambil asset kita jika kita gagal membayar interest. Ketika bank mengutip keuntungan melalui interest , hasil dari usaha kerja kita akan kembali ke bank dalam bentuk interest. Tidak kira samada ketika makmur atau mundur ekonomi, bank mesti menang kerana mereka dicipta sedemikian. Jika kita gagal membayar interest keatas wang yang sebenarnya tiada, bank akan mengambil kereta kita, rumah kita, habis semua asset kita kerana kita telah membuat perjanjian gadaian dengan mereka.

Kamu pasti tertanya – tanya bagaimana bank yang mengutip interest keatas wang yang mereka tiada dan memegang asset kita, boleh bermasalah sebagaimana yang berlaku sekarang. Jawapannya ialah kerana terlalu tamak, mereka memberi pinjaman terlalu banyak dengan deposit yang terlalu sedikit. Jika peratusan kecil sahaja pinjaman gagal dibayar, bank akan gagal memenuhi rizab berkanun mereka. Inilah yang berlaku sekarang tetapi secara salah disebut sebagai krisis kredit. ( Bank kekurangan kecairan – tunai). Krisis sekarang adalah berpunca dari over extension keatas kredit dengan rizab yang kecil. Menghadkan kredit adalah berpunca dari rizab yang tidak mencukupi.

Atas sebab diatas seluruh sistem FIAT hanyalah rumah yang dibina atas kad sahaja, apabila ribut berlaku rumah kad tersebut akan runtuh. Semakin tinggi leverage tersebut, semakin tinggi risiko untuk jatuh.

1. Hilangnya kuasa beli dan inflasi

Oleh kerana wang Fiat ini kosong, maka setiap kali diwujudkan dan disuntik kedalam ekonomi, nilainya akan menjadi susut. Ini seperti menambah air pada semanguk sup – sup menjadi semakin cair. Kita mengalaminya dengan kehilangan kuasa beli atau disebut sebagai inflasi atau fenomena kenaikan harga barangan.

Bank – bank Pusat dengan mencipta wang atas angin ini menjadi pemusnah kepada kuasa beli dan menyebabkan harta hanya berlegar melalui institusi bank dan individu (interest atas wang kosong) yang sedikit sahaja atas orang ramai yang menjadi semakin miskin setiap hari.

Siapa yang mendapat keuntungan dari system ini dan siapa pula yang rugi ? Bagi setiap mereka yang rugi, mesti ada yang untung. Mereka yang mendapat keuntungan ialah mereka yang mula – mula mendapatkan manfaat dari wang baru ini. Kerajaan yang mendapat cek mula 10 billion US dollar dan Bank yang mengeluarkan 900 billion US dollar pinjaman , seterusnya peminjam dan kitalah yang akan mendapat semua susut nilai atas wang baru yang disuntik dalam ekonomi. Yang rugi selalunya kita, yang menang adalah kerajaan dan bank.

Tak kira apa pun orang kata, inflasi adalah cukai yang tersembunyi. Kerajaan lebih suka membelanjakan wang baru dari mengutip cukai. Inilah polisi kerajaan Amerika. Itulah sebab ahli politik lebih suka pada penciptaan wang atas angin dengan bekerjasama dengan kartel perbankan.

2. Agenda tersembunyi Federal Reserve System

Jika kita percaya, tujuan penubuhan Bank Pusat dan FED adalah untuk menstabilkan system perbankan dan ekonomi kita, maka mereka telah gagal, kerana ini bukanlah tujuan sebenar mereka. Tujuan sebenar mereka boleh dilihat pada empat objektif :

1. Memudahkan dan menambahkan kuasa bank – bank besar (big banks) di Wall Street.
2. Trend kepada pembentukan modal swasta.
3. Mengurus bailout – pelan penyelamat keatas ahli – ahli kartel yang bermasalah
dengan menggunakan wang pembayar cukai.
4. Menambah kuasa dengan membeli kepentingan melalui kekayaan dari tiga objektif
diatas.

Federal Reserve System ditubuhkan oleh tujuh orang individu dengan mereka , ketika itu, memiliki 25% dari kekayaan dunia. Akta FED diubahsuai lebih dari 100 kali sejak ia ditubuhkan , kita lihat sekarang, kuasa FED adalah terkuat sepanjang sejarah bila berlaku krisis kredit ini.

Adakah mereka berjaya mencapai objektif 1 mereka ? Ya mereka berjaya. Walaupun ada bank disana sini tetapi sangat kerdil berbanding di New York.
Akta Federal Reserve dicipta oleh kartel perbankan. Ini seolah – olah menjemput serigala membina rumah untuk ayam dan membuat system kawalan untuk ayam tersebut.

Apa yang perlu kita sedari bahawa FED sebenarnya adalah kartel perbankan. Apa yang mereka buat ialah menggunakan perkataan federal (bunyi macam milik kerajaan), reserve seolah – olah ada rizab simpanan dan system seolah – olah ada 12 kawasan bank yang berpusat di New York.

3. Pembentukan modal swasta (Private Capital Formation)

Pada akhir abad ke 19 , korporat dan individu lebih cenderung untuk melakukan simpanan kecil dari keuntungan mereka bagi melabur dalam R&D. Pada masa itu bank – bank gelisah mencari jalan bagaimana korporat dan individu dapat memberikan wang mereka kepada bank untuk dipinjamkan kepada orang lain. ( Bank mendapat untung melalui interest atas pinjaman ). Mereka akui cara yang efektif ialah dengan menurunkan interest rate. Tetapi ketika itu adalah mustahil untuk melaksanakannya kerana orang ramai berinteraksi dengan emas dan perak. Sukar mempengaruhi manusia lain ketika emas dan perak tertakluk kepada demand and supply. (Permintaan dan bekalan )
Jadi mereka mempengaruhi manusia untuk mendapat kuasa dengan mengatakan kita perlu kepada matawang yang stabil. Matawang yang stabil bagi mereka ialah wang atas angin dan kuasa menurunkan dan menaikkan interest rate dibawah bidang kuasa Bank Pusat.

Inilah permulaan kepada rizab berkanun (fractional banking). Mulanya mereka meletakkan rizab pada emas dan perak pada 30%, naik 60% dan, dibawah president Nixon awal 70an, mereka putuskan terus dan menjadi pure wang FIAT, tidak ada lagi rizab pada emas atau perak.

Dengan menurunkan interest, mereka berjaya menarik perniagaan dan individu meminjam pada rate yang rendah. Apa yang tidak diketahui orang ramai ialah interest boleh naik kemudian dan ekonomi boleh jadi menurun. Orang ramai akan menghadapai kesukaran membayar ketika interest naik dan ekonomi merudum.

Mereka berjaya dalam objektif no. 2 !.

Hari ini perniagaan dan individu menghadapi masalah untuk membayar hutang mereka. Yang menghadapi kebangkrupan cukup tinggi. Wang lebih banyak dikeluarkan untuk membayar hutang dari membayar dividen untuk pemegang saham. Seluruh dunia menghadapi krisis kemelesetan global.
Bursa saham merudum seluruh dunia, individu dan dana pencen melihat harta mereka hilang dan kerajaan – kerajaan mendapati hutang mereka semakin membimbangkan.

Mereka telah berjaya membuang trend aliran kewangan R&D. Jelasnya , krisis kredit ini memperlihatkan bahawa dunia sebenarnya dibina atas hutang dan dengan membekukan kredit akan membawa kepada kemusnahan total kepada ekonomi.

Ketika kerajaan – kerajaan dunia sibuk menyelamatkan bank – bank (bailout), kesan tahap kedua keatas korporat besar mula nampak. Pelanggan tidak berbelanja, barang tidak terjual, gaji tidak dapat dibayar dan hutang gagal dilunaskan kepada bank. Kita melihatnya sekarang dan saya rasa impaknya lebih besar daripada apa yang telah berlaku kepada bank – bank. Lihat pada gergasi ekonomi seperti GM, GE dan Ford.

Ini semua berlaku kerana kartel perbankan berjaya menukar shif trend dari R&D.

4. Permainan yang dipanggil"Bail-Out"

Objektif ke 3 FDR ialah korporat bailout. Jika bank, korporat atau mana – mana Negara dunia ketiga menghadapi masalah hutang yang banyak kepada kartel perbankan, FDR akan pergi ke Kongres dan menyuruh mereka menyelamatkan bank atau korporat tersebut kerana jika tidak ribuan rakyat Amerika akan hilang pekerjaan, bank yang terlalu besar jika jatuh boleh membawa kesan domino dan menjatuhkan banyak bank.
Jika kamu melihat TV dan suratkhabar , kamu akan lihat fenomena ini (bailout) di seluruh dunia.

Morgan Stanley, AIG, Freddie Mac, HBOS, Bank of Scotland antara sebahagian yang disebut. Oleh kerana Kongres tidak mahu bertanggungjawab keatas apa yang berlaku, merekamula menggunakan wang pembayar cukai untuk menyelamat bank dan korporat.

Kerajaan Eropah beberapa bulan dahulu berjanji menyuntik European 2.7 trillion US dollar untuk menyelamat system perbankan mereka. Amerika sudah membelanjakan 300 billion US dollar dan berjanji menyuntik 700 billion lagi pada masa terdekat. Ini tidak termasuk Russia dan lain – lain kerajaan. Ini tidak meninggalkan kesan lansung kepada saham yang merudum seluruh dunia. Apabila syarikat pengeluar seperti GM atau GE mula menghadapi masalah, kita akan lihat krisis ini akan menjadi parah.

Ini semua kerana leverage fractional banking tanpa had. Kita semua akan menjadi mangsa hiperinflasi secara besar – besaran. Ketika kerajaan menyelamatkan bank – bank dan korporat besar, kitalah akan menjadi mangsa . Tetapi tiada siapa ya membantah dan tiada revolusi pun yang berlaku. Adakah kita akan melihat sahaja ?

5. Riba sebagai kunci kepada kuasa – Asas kepada FIAT Banking

Lihat pada cth. ini dan apakah kesannya kepada kita:
Rumah 100 ribu : 30 ribu USD untuk tanah dan 70 ribu USD untuk kontraktor.
Deposit 20 ribu dan pinjamam 80 ribu dengan gadaijanji 30 tahun dengan interest 10 %.

Bank mendapat 172 ribu USD keuntungan dari interest. (2.5 kali ganda dari kos barangan dan buruh)

Kita mesti menyangka bahawa Bank tidak dapat menggunakan 80 ribu USD selama 30 tahun kerana wang tersebut telah dipakai orang. Time value money. Tetapi bukan wang ini tuan – tuan, wang ini sebenarnya tidak ada dan dicipta atas angin.

Cuba tuan – tuan darabkan dengan setiap rumah, bangunan, kilang, peribadi, pinjaman korporat , kerajaan , gudang, peralatan, kapal laut, kapal terbang, pelaburan dan kamu tak terbayang lagi bagaimana nak menghitung kekayaan mereka. Kamu akan ingat yang kaya semakin kaya, sebenarnya ini bukanlah tujuan mereka dengan wang ini. Kalau kamu memiliki semua wang yang ada, apalagiyang kamu hendak ? KUASA Mereka membeli pengaruh, membeli manusia, organisasi, kerajaan, pencetakan , media, NGO dll – namakan apa sahaja. Matlamat terakhir mereka ialah New World Order, Satu kerajaan dunia, satu mahkamah, satu pengutip cukai , dan satu matawang !

Emas Legakan Rakyat Britain


SEBAHAGIAN simpanan emas milik Britain yang disimpan di sebuah bilik kebal di England baru-baru ini.

PEMANDANGAN berkilauan ribuan jongkong emas setiap satu seberat 12.7 kilogram yang tersusun kemas di dalam bilik kebal Bank of England memberi keyakinan kepada orang ramai ketika negara itu berhadapan kelemahan pasaran saham, harga rumah menjunam dan institusi perbankan muflis, lapor sebuah akhbar semalam.

Tumpuan kepada emas sebagai penanda aras keutuhan sesebuah ekonomi kembali menjadi aliran selepas dunia dikejutkan dengan krisis kewangan yang teruk.

Ketidaktentuan ekonomi dunia pada masa kini menyebabkan simpanan saham dan pinjaman tidak lagi dianggap sebagai satu bentuk pelaburan yang teguh seperti sebelumnya. Ketika ekonomi dunia masih mantap kurang sedekad lalu, logam berprestij itu diniagakan pada kadar hanya AS$275 (RM975) bagi setiap 28.3 gram atau satu auns.

Namun, hari ini harga bagi satu auns emas melonjak kepada AS$787.80 (RM2,794) sekali gus menjadikan setiap jongkong emas itu bernilai kira-kira AS$328,316 (RM1.16 juta) atau bersamaan harga sebuah kereta sports Ferrari baru.

Gambar yang dirakam oleh akhbar Daily Mail menunjukkan susunan 15,000 jongkong emas tulen dengan nilai anggaran hampir AS$5 bilion (RM17.4 bilion).Bank pusat Britain itu dikatakan menyimpan banyak lagi jongkong emas di lokasi yang tidak didedahkan.

Sebenarnya, lapor Daily Mail, gambar tersebut mewakili separuh daripada jongkong emas yang disimpan di beberapa bilik kebal gergasi di ibu pejabat bank itu di London.Jika dijumlahkan, berat semua jongkong emas yang disimpan di beberapa bilik kebal luas di bawah jalan-jalan raya di pusat bandar raya London itu menyamai 4,600 tan dengan nilai anggaran mencecah hingga AS$119.6 bilion (RM424 bilion).

Bagaimanapun, hakikatnya, lapor akhbar tersebut, bukan semua jongkong emas tersebut milik kerajaan Britain.Bebarapa dekad telah berlalu sejak mata wang Britain ditambat kepada nilai emas atau Gold Standard yang berakhir pada tahun 1931 tetapi London masih menyimpan sejumlah emas tersebut untuk digunakan pada waktu kecemasan.Apa yang menyedihkan ialah kerajaan negara itu gagal menguruskan simpanan emas mereka dengan bijak.

Contohnya, pada Mei 1999, Gordon Brown yang merupakan menteri kewangan dan ekonomi negara atau dipanggil Chancellor of the Exchequer memutuskan untuk menjual 415 tan emas atau 60 peratus keseluruhan simpanan emas Britain.Penjualan tersebut merugikan berikutan ia dilakukan ketika harga emas menjunam pada tahap terendah dalam sejarah.

Sebenarnya, sebahagian besar jongkong emas tersebut disimpan oleh Bank of England bagi pihak pendeposit-pendeposit asing terutama sekali bank-bank pusat negara asing yang tidak memiliki bilik kebal selamat seperti di Britain.

Kualiti emas tersebut sama tetapi jongkong-jongkong itu memiliki bentuk yang sedikit berbeza dan ditandakan bagi menunjukkan ia datang dari sumber berlainan.Tahap keselamatan di pusat simpanan emas kedua terbesar itu amat ketat seperti di bank Rizab Persekutuan Amerika Syarikat di New York yang merupakan pusat simpanan emas terbesar dunia.

Setiap bilik kebal itu bersaiz amat besar dan memiliki ruang lebih luas berbanding ruang setiap tingkat yang terdapat pada bangunan tertinggi di Britain, Tower 42. Beberapa bentuk kunci yang panjangnya hampir satu meter diperlukan untuk membuka pintu bilik kebal tersebut.

Maklumat terperinci mengenainya dirahsiakan tetapi dinding bilik kebal itu dibina kalis bom selepas ia digunakan sebagai tempat perlindungan dari serangan udara oleh kakitangan bank tersebut ketika Perang Dunia Kedua meletus. Ketika dunia hilang keyakinan terhadap kebanyakan pelaburan lain, emas memberikan keyakinan kepada orang ramai sejak zaman berzaman.

Tidak dinafikan bahawa nilai hakiki emas juga bersifat simbolik tetapi yang mana menjadi pilihan anda sekarang, bergulung-gulung sijil saham atau beberapa jongkong emas Bank of England?

Sumber : Kosmo

Jenis - Jenis Pelaburan Emas

Pelaburan emas yang sebenarnya ialah apabila anda membeli emas pelaburan. Emas ini anda gunakan sebagai penyimpan nilai kekayaan anda. Biasanya pelaburan emas adalah untuk jangkamasa panjang. Harganya pula adalah hampir dengan harga emas pasaran dunia.

Apabila harga emas ini meningkat, maka anda jual untuk mendapat keuntungan.

Terdapat 3 jenis pelaburan emas iaitu:


1.Membeli emas fizikal
  • OUB (AUST NUGGETS, GOLD MAPLE LEAF, KINEBAR, PAMP GOLD, S'PORE LION)

2. Menggunakan akaun simpanan emas

Tip Menjaga Barangan Perhiasan Emas

  1. Jika sering dipakai, ia tentu menarik kehadiran debu dan habuk. Pastikan perhiasan emas dicuci setiap tiga bulan supaya lebih berkilat. Gunakan pencuci khusus (ada di kebanyakan kedai emas) atau air sabun suam dan berus gigi lembut untuk menanggalkan minyak serta bahan lain.
  2. Simpan dalam bekas berasingan atau bekas lembut untuk mengelakkannya bergesel antara satu sama lain yang boleh mengakibatkan calar.
  3. Pakai barangan emas selepas solekan, wangian dan penyembur rambut kerana bahan kimia dalam bahan berkenaan boleh bertindak balas dengan aloi dalam barangan emas.
  4. Usah menggunakan barangan emas ketika melakukan kerja di rumah atau berkebun kerana bahan pelelas (pelicin) dalam pencuci dan tanah boleh mencalarkan barangan emas.
  5. Beri perhatian pada kancing dan pengunci keselamatan lain pada rantai, gelang tangan serta gelang kaki. Jika ada tanda kerosakan, hantarkannya untuk diperbaiki oleh tukang yang mahir.

Public Gold Tawar Pelaburan Dalam Dinar Emas


Para pelabur di negara ini kini berpeluang memiliki dinar emas dengan mudah dan pada kos yang lebih rendah melalui kemudahan yang ditawarkan oleh Public Fine Gold International Sdn. Bhd. (Public Gold).

Pengerusi Eksekutif syarikat itu, C.H. Ng berkata, untuk membeli dinar emas seseorang pelabur itu boleh menyemak harga semasa logam itu di pasaran dunia dengan melayari laman web www.publicdinar.com.

Beliau berkata, jika pelabur bersetuju dengan harga yang ditawarkan, Public Gold akan menghantar surat perjanjian melalui e-mel atau faks bersama syarat dan terma serta harga pembelian.

''Pembayaran perlu dibuat dalam tempoh satu setengah jam daripada masa surat perjanjian diterima," katanya ketika ditemui di premis syarikat berkenaan di sini semalam.

Beliau menambah, harga tawaran dinar emas Public Gold juga adalah lebih rendah berbanding harga emas di kedai-kedai barang kemas di seluruh negara.
Sebagai contoh, katanya, ketika kedai emas menjual pada harga RM135 segram baru-baru ini pihaknya menawarkan dinar emas pada harga RM115 segram.
Menurut beliau, Public Gold selaku syarikat tunggal di negara ini yang mempunyai kilang pengeluaran dinar emas juga menawarkan khidmat menyimpan syiling berkenaan dengan langkah-langkah keselamatan yang dijamin lebih baik daripada bank-bank komersial.

''Untuk menjual balik anda boleh berurusan dengan pihak kami atau mana-mana pengedar dan anda akan dimaklumkan harga semasa belian dinar emas, jika bersetuju transaksi boleh dilaksanakan serta merta," katanya.
Menurutnya, semua dinar emas keluaran syarikat berkenaan mempunyai sijil ketulenan yang dikeluarkan oleh syarikat bertauliah dalam bidang tersebut.
Ng juga berkata, trend menyimpan emas semakin mendapat perhatian masyarakat pelabur sejagat ekoran situasi ekonomi global yang tidak menentu ketika ini.
Menurutnya, masyarakat dunia perlu meneliti pelbagai perkara yang disuarakan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika menyarankan dunia Islam beralih menggunakan dinar emas dalam perdagangan dua hala berbanding menggunakan dolar Amerika Syarikat.

''Saranan itu dibuat kira-kira 10 tahun lalu. Selepas membuat pelbagai kajian dan penilaian, Public Gold yang ditubuhkan setahun lalu berusaha merealisasikan penggunaan dinar emas," katanya.
Menurut beliau, syarikat yang tubuhkan dengan modal hampir RM10 juta itu sudah mencatat keuntungan dalam tempoh yang singkat dan ketika ini mempunyai kira-kira 500 pelanggan.

''Kami juga sudah menubuhkan anak syarikat di Singapura," katanya sambil menambah, pihaknya bercadang untuk menjadi sebuah syarikat senaraian awam dalam tempoh tiga tahun.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif Public Gold, Branson Saw dan Bendahari Koperasi DinarMas Nakhoda Nanintan Pulau Pinang Bhd. (Kodinarmas), Abdul Wahab Hamid.

Kodinarmas yang berpusat di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini merupakan pengedar utama dinar emas Public Gold. Maklumat lanjut mengenai operasi koperasi berkenaan boleh diperolehi dengan melayari laman web www.kodinar.com.my.

Sumber : Utusan Malaysia